Saturday

Peluang Itu Sentiasa Ada Lah!

Insan, memang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan dosa. Itulah tabiat insan yang mana bukan mudah untuk menahan diri daripada melakukan walaupun satu dosa dan keburukan itu. Setiap hari, bahkan mungkin setiap jam ada saja kesalahan yang dilakukan oleh sorang yang bernama hamba. Dan dosa ini ada yang berbentuk peribadi dan ada yang berbentuk yang memang diketahui orang. Jikalau dosa itu berbentuk peribadi, maka wajib bagi kita untuk menyembunyikan dosa tersebut.

"Tidak menutup seseorang akan keaiban orang lain melainkan Allah akan menutup keaibannya pada hari qiamat". (Riwayat Muslim)

Dosa sudah tentu merupakan aib bagi seseorang dan diharamkan untuk kita terus mencanang dosa kita kepada orang lain. Dan merasa bangga dengan dosa yang dilakukan.

“Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dan sifat Allah yang Maha Pengampun merupakan penenang kepada manusia yang melakukan dosa. Allah mengampuni dosa hambanya yang menyesal terhadap kesalahan dosa walaupun dilakukan berulang kali.



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu. Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu.

Hadis yang panjang telah menunjukkan bahawa Maha Pengampunnya Allah itu dan mengapa manusia harus berputus asa terhadap hidup ini. Rahmat Allah luas. Jangan disebabkan dosa yang kita lakukan, kita merasakan tidak ada peluang untuk bertaubat dan terus untuk tidak bertaubat. Walaupun sebesar mana dosa kita, jika kita menyesal, dan mahu bertaubat nescaya Allah akan menerima taubat hambaNya yang betul-betul mengharapkan rahmatNya.



Jalan keluar untuk mencari ketenangan hanyalah apabila kita kembali untuk mencari rahmat Allah. Ketenangan itu bukanlah datang dari cara hidup yang mengikut trend lompat sana dan sini, juga bukan dari gaya hidup mengagungkan muzik dan hiburan, juga bukan dari hanya hidup untuk menonton bola hingga ke pagi, dan bukan juga pada banyaknya harta dan kekayaan untuk dicari. Bukanlah salah untuk mencari harta dan kekayaan dan untuk kita kadang berhibur dengan garis panduan yang betul, namun kadang-kadang kita terlampau melebihkan hal tersebut berbanding apa yang lebih kepada keperluan kita untuk suatu hidup yang sudah tentu akan kekal dan abadi. Berapa helaian kertas yang kita selak dalam masa sehari dengan hal berkaitan dengan agama ini berbanding selakan kita terhadap benda-benda yang bersifat kurang perlu. Apalah yang akan kita ceritakan di hadapan Allah kelak?



Dari Zaid bin Tsabit radhiallahu ‘anhu beliau berkata, “Kami mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barangsiapa yang (menjadikan) dunia tujuan utamanya, maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kemiskinan/tidak pernah merasa cukup (selalu ada) di hadapannya, padahal dia tidak akan mendapatkan (harta benda) duniawi melebihi dari apa yang Allah tetapkan baginya. Dan barangsiapa yang (menjadikan) akhirat niat (tujuan utama)nya, maka Allah akan menghimpunkan urusannya, menjadikan kekayaan/selalu merasa cukup (ada) dalam hatinya, dan (harta benda) duniawi datang kepadanya dalam keadaan rendah (tidak bernilai di hadapannya).” (HR Ibnu Majah (nο. 4105), Ahmad (5/183), ad-Daarimi (nο. 229), Ibnu Hibban (nο. 680) dan lain-lain dengan sanad yang shahih, dinyatakan shahih oleh Ibnu Hibban, al-Bushiri dan Syaikh al-Albani).


Ingat kisah Mais? Dia berjumpa nabi bahawa dia telah mengaku berzina. Nabi memalingkan muka ke kanan dan bertanya adakah engkau mempunyai penyakit gila? Barangkali engkau cuma raba atau cium. Ini menunjukkan nabi mahu cuba mengelakkan daripada kes yang bersifat mengaibkan dan nabi tahu Allah maha pengampun.


Kenapa berputus asa sedangkan rahmat Allah itu luas?
Kenapa tidak melakukan kebaikan sedangkan ia menghapuskan kejahatan?
Kenapa menangguh taubat sedangkan kita tidak tahu panjang usia kita?
Kenapa, kenapa dan kenapa?




*Penulis juga terlibat dengan perkara dunia tanpa sempadan.Haha

Wednesday

.:Umur Insan:.

Insan, dia akan hidup didunia ini dengan satu tempoh masa tertentu. Mungkin lama, mungkin hanya beberapa tahun. Semuanya atas kehendak tuhan. Ada hadis menyebut :

Rasulullah shallahu 'alaihi wassalam bersabda: "Tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali do'a dan tidak ada yang dapat menambah usia kecuali kebaikan. Sesungguhnya seseorang itu benar-benar akan terhalang dari rezekinya kerana dosa yang dia lakukan" [HR Ibnu Majah: 4022, Ahmad: 21379, Ibnu Hibban: 1090, Hadis hasan]

Namun dengan kebaikan, insan dapat menambah usianya. Moga bertambah amalan kebaikan dengan pertambahan usia berbanding dosa. Setiap inci pergerakan, setiap patah perkataan, setiap getaran pendengaran, setiap sinaran penglihatan, semuanya itu akan ditanya dihadapan tuhan. Tiada yang dapat mengelak daripada semua ini. Setiap insan pasti akan melalui detik-detik yang dahsyat ini. Sama ada ke syurga atau neraka.

Umur insan mungkin 60tahun, mungkin juga 70tahun. Namun, jika diberi peluang untuknya bercerita tentang kisah hidupnya, mungkin cerita itu tidak pun sampai sejam untuk diceritakannya. Sangat berbeza dengan umurnya yang begitu panjang. Betapa sedikitnya benda-benda yang boleh diceritakan. Bagaimana untuk memasuki syurga yang tidak boleh dibeli tetapi hanya boleh diwarisi itu? Adakah amal kebaikan akan mengatasi amalan kejahatan? Tepuk dada, tanyalah iman. Kebaikan yang banyak akan membantu jalan kesyurga, dan amalan kejahatan sentiasa membawa keburukan kepada manusia. Minta ampun. Istighfar!

Manusia tahu dia mempunyai tuhan yang maha pengampun. Mengapa menunggu masa untuk bertaubat. Umur ini tidak langsung diketahui manusia. Jangan berlengah untuk melakukan kebaikan jika mendapat peluang, dan biarkanlah kejahatan itu berlalu pergi tanpa harus berfikir mengenainya. Bukan selalu untuk kebaikan itu datang, dan jiwa yang melakukannya akan menentukan segalanya. Seperti saf didalam solat berjemaah. Mungkin 5 orang lelaki berada dalam saf yang sama sewaktu bersolat, tetapi jiwa mereka pada waktu itulah yang akan membezakan penilaian tuhan.

Berdoalah kepada tuhan dipermudahkan untuk jalan kebaikan. Sedangkan syaitan yang meminta untuk dipanjangkan umurnya pun tuhan terima, apatah lagi manusia yang mahukan kebaikan. Tanamkan jiwa itu. Semoga penilaian tuhan kepada kita sentiasa mendekatkan jalan menuju syurga!

Tuesday

Prinsip berkasih. Haha!

Sungguh ramai orang, apabila berpisah dengan kekasihnya, tika bertanya apa sebabnya, lalu dikatakan 'dia' tidak ikhlas menyayangiku, 'dia' benar benar tidak memahamiku, 'dia' curang kepadaku, dan pelbagai lagi hujah hujah menyalahkan 'dia'. Maka kita katakan di sini, mengapa kita selalu menyalahkan 'dia' atas perpisahan itu? Ada pernah terdetik di hati kita, dan kita sedar 'aku yang tak cukup memahami', 'aku sebenarnya tidak cukup menyayangi', dan 'aku sebenarnya yang bersalah'? 


Sayang sayang semua, ini bukan jiwang, ini prinsip. Prinsip.


Ramai insan mampu untuk menjadi kekasih, tetapi tidak ramai mampu untuk mematuhi prinsip ketika berkasih. Lupa bahawa perhubungan dua insan adalah konsep memberi tanpa minta untuk diberi, menyayangi tanpa minta untuk disayangi, dan memahami tanpa minta untuk difahami. Dan kita berkasih sayang tanpa prinsip yang jelas.


Dahulu, bila masa rancak berkasih, 'kaulah matahari'. Tetapi kenapa selepas berpisah, bertemu bayang pun sudah meluap rasa benci? Adakah pujian pujian kita semasa berkasih, adalah retorik semata mata? Mana keikhlasan yang dahulu rancak dibualkan? Jika semasa berkasih 'kaulah matahari' maka selepas berpisah pun sepatutnya 'kau masih matahari'. Ini baru standard ikhlas yang sebenar benarnya.


Selepas berpisah, jika kita masih lancang menyalahkan 'dia', maka kita tiada peluang untuk membaiki diri. Bila kita mengakui kesalahan kita, kita akan cepat cepat tersedar, lalu berusaha membaiki diri dan berusaha untuk menjadi yang terbaik menurut ukuran diri kita. Dan ini, parameter yang boleh kita ubah. Kita sudah tiada peluang untuk membaiki 'dia', tetapi kita masih ada peluang untuk membaiki diri kita sendiri.


memberilah.
memahamilah.
menyayangilah.


Tanpa minta untuk dibalasi setiap inci pemberian, setiap sudut kefahaman dan setiap helaan kasih sayang.


Kita praktikkan konsep ini kepada semua hubungan insan.


Maka dunia yang senyum bakal kita miliki. 

Monday

Kebenaran Itu Harus Dicari

“Oh man. You’re totally wrong. My ticer said this is not a right way to do those things. Go back and learn it in a right way.”  

Ketaksuban seseorang kepada sesuatu benda akan membawa kepada kekurangan percambahan ilmu dikalangan penuntut ilmu. Mereka sering mengatakan itu dan ini salah jika sesuatu itu tidak sependapat atau sealiran dengan apa yang mereka fahami dan pelajari. Mereka akan terus menuding jari kearah orang-orang yang bukan sealiran dengan mereka. Amat menyedihkan, kadang-kadang caci-mencaci itu berlaku dalam percambahan ilmu ini.



Sedih untuk para penuntut ilmu melakukan sebegitu rupa ketika mereka berinteraksi antara satu dengan yang lain. Mereka sepatutnya perlu mencari fakta atau dalil yang kukuh bagi menjelaskan lagi apa yang telah mereka fahami untuk menyatakan kebenaran dan apa yang mereka fahami itu memang benar.
Malangnya, mereka menggunakan senjata yang amatlah bodoh iaitu fitnah. Dan ia akan menyebabkan orang-orang diluar sana yang mungkin pengetahuannya kurang akan terus melopong melulu untuk juga menyalahkan orang lain dan terus mencerca serta memaki pihak yang kurang bersetuju dengan mereka.



Dalam keadaan dunia yang sudah maju ini, banyak medium yang boleh mereka guna untuk mengumpul dan mencari maklumat dengan tidak hanya bergantung kepada tulisan-tulisan yang berada di kedai-kedai. Mereka tidak harus menyempitkan pemikiran orang lain dengan perangai ketaksuban mereka itu yang terkadang membawa kepada kejahilan dan kebodohan. Dan perlu diingatkan bahawa sekarang ini ialah zaman teknologi yang mana manusia itu sentiasa ada jalan untuk mencari kebenaran.

Buat para penuntut ilmu diluar sana, jangan hanya memandang siapa yang berucap atau berkata itu, pandanglah kepada isi dan fakta yang dikemukakan. Jika ianya kukuh, maka kebenaran itu yang harus kamu ikuti. Jika sesuatu itu mungkin tidak sealiran dengan apa yang kamu fahami selama ini tetapi ianya lebih menepati kebenaran, fikirkanlah kembali. Mungkin suatu ketika dulu kita salah dan silap ketika menafsir, tetapi jalan untuk mencari kebenaran itu sentiasa terbuka untuk manusia. ‘Tiada nikmat 
menjadi pendosa.’ Tiba-tiba.


Sunday

Ape ni Ape ni


Nanti nak rebus telor untuk majlis kawen korang cari telor asli ye!~ Hahahahahaha

Friday

Perbezaan manusia dan kembeng.

Dimana dia,

Anak kambeng saya,

Anak kambeng saya ditepi rumah saya,

Yiehhhhhhaaaaaaaaaaaaaaa.

Kambeng walopun dia sangat manja(kah3), dia pandai berdikari untuk mencari rumput sendiri. Tapi seringkali dia menunjukkan kebodohannya untuk memakan plastik dan lain-lain perkara yang bahaya daripada racun cap tengkorak.
His arrogance gets my goat. Hah ape maksud ni. Ingat kambeng takde maksud ke. Maksudnye lebeh kurang annoy la. Mende ntah.
Kambeng, walaupun dia telah berdosa kepada kita kerana menanduk kita hingga tersungkur lebeh kurang 4kaki 3inci, tapi die tetap tidak dihisab dihadapan Allah.

Manusia, walaupun kebaikannya sedikit sebesar biji zarah, ia akan tetap dikira oleh Allah azzawajalla.
Jadi, kita sebagai manusia tidak haruslah kita menjadi seperti kambeng untuk sentiasa melakukan sesuatu tanpa berfikir secara matang. Makan plastik, tanduk orang etc.

Kita kalau berdendam dengan kambeng yang telah menanduk kita, kita haruslah makan kambeng tersebut dengan enaknya kerana kambeng memang enak dimakan dengan nasik briani. Selamat menjamu selera.
Seperkara lagi, dengar kata lamb chop kat kampong baru tu banyak,sedap dan murah. Apakata kita ajak nenek2 kita,atok2 kita, moyang kita, cucu2 kita dan cicit kita pegi makan kat sana. Mesti kambeng itu akan lebih enak. Seenak sinar sang suria. WalawoooOooOooOo!

“Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)” [TMQ al-Furqan (25):43-44]

Kambeng itu binatang ternak, jangan jadi seperti beliau tau tau tao!

Thursday

24:30

1.  Allah menyuruh our prophet, Muhammad Junjungan Mulia  supaya khabarkan kepada lelaki lelaki yang beriman, supaya merendahkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan Allah terangkan lagi, supaya yang demikian itu, adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan apa yang mereka perbuat.

2.  Ayat yang simple dan pendek sahaja, tetapi menerangkan maksud yang mendalam. Disuruhnya kita supaya merendahkan pandangan mata, jika ternampak awek lawa, tundukkan pandangan, bukan Menteri Hal Ehwal Agama suruh, tapi Pencipta mata kita yang suruh rendahkan pandangan. Melihat hanya yang halal bagi kita dan memelihara kemaluan kita, dan disebutkan bahawa menjaga kemaluan dapat menjaga diri kita dari menghampiri zina (23:5).

3.  Itu lebih mulia bagi mereka, kerana dapat menjaga ketulenan hati, dan menjaga komitmen kita terhadap agama mereka. Kita dalam kerja, bos kata masuk pukul 8, then punch card untuk balik pukul 5 petang. Kita ikut je. Sebab untuk menjaga komitmen kita dalam bekerja. Bukankah begitu? Sama la jugak dalam agama, lagi lagi la kita kena berkomitmen. Bos belum habis cakap lagi kita dah cakap, Yes Boss! I’ll follow your command with all my respect to you. Time Tuhan nasihat, kita buat dengar tak dengar je. Nak buat, buat. Tak nak buat, tak payah la buat.

4.  Kemudian, at the last ayat, Tuhan warn kita, remind kita bahawa Dia Maha Mengetahui apa yang kita buat. Mengetahui kejahatan kejahatan yang dilakukan oleh mata kita, dan mengetahui apa yang kita sembunyikan di dada kita. Jadi, kalau kita tengok gambar X-rated dalam Internet pun Tuhan semestinya tahu jugak. Tuhan! Ampunkan aku.

5.  Takkan pasal lelaki je? Pasal perempuan takde ke? Ada. Tak ketinggalan. 24:31. Check it out!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...