Tuesday

Catatanku

Suatu hari,
Mungkin aku akan berubah,
Mencari sesuatu yang lebih,
Menunggu suatu yang menjadi tanda tanya,
Moga ketemuinya.

Suatu hari,
Menyimpang aku kesana sini,
Mengharap suatu yang kuingini,
Memendam rasa selama ini,
Masih mengharapkannya.

Suatu hari,
Menjaga bukanlah mudah,
Melindungi satu kewajipan,
Menunjuk ajar satu keperluan,
Mengharapkan sinar bahagia.

Suatu hari,
Mencari siapa,
Melihat siapa,
Merindu siapa,
Moga jalan syurga jalan kami.

Friday

Disiplin Sahabat r.a Dalam Mendidik Diri Mengikut Nabi S.a.w

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar ra telah dilantik menjadi khalifah. Pada zaman pemerintahan beliau, telah berlaku beberapa peperangan, di antaranya peperangan al-Yamamah pada tahun 11 hijrah. Dalam peperangan tersebut ramai tentera Islam yang merupakan penghafaz al-Quran telah syahid. Mengikut catatan sejarah, seramai 70 orang qurra’ (ahli penghafaz al-quran) telah gugur syahid. Peristiwa ini telah mendorong Saidina Umar al-Khattab memberi cadangan kepada Khalifah Abu Bakar supaya dilakukan usaha pengumpulan al-Quran kerana dibimbangi al-Quran akan terhapus dengan sebab ramainya para penghafaz yang gugur syahid. Pada mulanya khalifah tidak menerima cadangan ini kerana beliau sangat berhati-hati dalam melakukan sesuatu urusan. Lagi pun, perkara tersebut tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Sementara itu, Saidina Umar pula tidak putus-putus mengulangi cadangannya sehinggalah Allah SWT melapangkan dada Abu Bakar untuk menerima cadangan tersebut.

Akhirnya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengarahkan Zaid bin Thabit r.a. mengumpul al-Quran yang telah ditulis di atas pelepah tamar, batu-bata termasuklah melalui hafazan para sahabat dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang lain. Zaid bin Thabit dipilih melakukan pekerjaan tersebut memandangkan wibawanya dalam ilmu tentang al-Quran, amanah dan merupakan sahabat yang terakhir mengkhatamkan al-Quran di hadapan Rasululah SAW. Melalui usaha tersebut maka terkumpullah al-Quran yang pertama dalam bentuk lembaran suhuf.

Sepanjang melaksanakan tugasan tersebut, Zaid bin Thabit cukup berhati-hati di dalam menerima ayat-ayat al-Quran yang diperdengarkan kepada beliau. Bagi beliau, tidak memadai bacaan al-Quran yang diperdengarkan dengan cara hafazan sahaja, bahkan mesti bertulis dan disaksikan oleh 2 orang saksi. Hal ini dapat dilihat di dalam kes ayat akhir Surah al-Taubah(ayat 128) yang hanya didapati berada pada simpanan Abu Khuzaimah al-Ansari. Ini bukanlah bererti bahawa ayat al-Quran ini tidak bersifat mutawatir. Sebenarnya ramai sahabat termasuklah Zaid sendiri telah menghafaz ayat ini. Apa yang dimaksudkan dengan frasa “hanya didapati berada pada simpanan Abu Khuzaimah al-Ansari” ialah ayat ini tidak terdapat dalam keadaan bertulis kecuali di dalam tulisan yang disimpan oleh Abu Khuzaimah al-Ansari. Ayat ini telah dihafaz oleh ramai sahabat, disaksikan oleh ramai sahabat bahawa ianya ditulis, namun yang terdapat hanyalah tulisan atau rekod yang berada di dalam simpanan Abu Khuzaimah. Hal ini membuktikan bahawa Zaid seorang yang cukup cermat dan berhati-hati di dalam melakukan tugasannya.

Selain itu, dalam satu kisah yang lain Saidina Umar r.a telah mengisytiharkan bahawa sesiapa yang telah mendengar ayat-ayat al-Quran daripada Rasulullah SAW hendaklah memperdengarkan bacaannya kepada Zaid bin Thabit. Ramailah para sahabat yang datang berjumpa dengan Zaid dan memperdengarkan bacaan al-Quran sambil membawa bahan bertulis seperti pepelah tamar sebagai bukti. Namun Zaid bin Thabit tidak menerima bacaan mereka kecuali setelah membawa 2 orang saksi. Saksi ni pula hendaklah pernah menerima atau mendengar ayat al-Quran tersebut daripada Rasulullah SAW semasa hayat baginda dan perkara tersebut berlaku pada tahun kewafatan Rasulullah SAW. Ini kerana tahun kewafatan baginda menjadi suatu penanda aras kepada bacaan al-Quran. Tahun tersebut merupakan kali terakhir Rasulullah SAW membaca al-Quran dengan semakan Jibril a.s. Selain itu, al-Quran juga semasa dalam proses penurunan wahyu boleh menerima nasikh dan mansukh. Justeru itu, tahun kewafatan baginda menjadi penamat kepada penurunan wahyu yang bererti al-Quran telah sempurna. Kesemua perkara di atas menjadi bukti bahawa Zaid tidak hanya berpada dengan apa yang dihafaz dan ditulis bahkan lebih daripada itu mestilah disertakan 2 orang saksi sebagai langkah berhati-hati sedangkan ayat-ayat yang mereka bacakan itu telah pun dihafaz oleh beliau dan sebilangan besar sahabat.

Ada satu lagi kisah yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Dawud daripada Hisyam bin cUrwah daripada ayahnya bahawa Khalifah Abu Bakar pernah memerintahkan kepada Umar al-Khattab dan Zaid bin Thabit supaya duduk di pintu masjid menunggu para sahabat memperdengarkan bacaan ayat al-Quran yang ada pada mereka. Jika mereka membawa 2 orang saksi maka bacaan mereka diterima. Al-Sakhawiy telah berkata bahawa yang dimaksudkan dengan 2 orang saksi di sini ialah mereka bersaksi sesungguhnya apa yang mereka bacakan itu adalah benar dan telah ditulis di hadapan Rasulullah SAW semasa hayat baginda. Tujuan mereka berbuat demikian ialah untuk memastikan bahawa bacaan tersebut benar-benar datang daripada Rasulullah SAW dengan cara hafazan dan tulisan.

Kesimpulannya, al-Quran pada masa ini telah pun dikumpul di dalam satu mushaf berdasarkan al-ahruf al-sabcah . Namun pada masa ini, masih terdapat mushaf peribadi sahabat yang lain seperti mushaf Ali, mushaf Ubay, mushaf Ibn Mascud. Bezanya mushaf sahabat-sahabat lain lebih merupakan koleksi peribadi mereka

Keistimewaan mushaf yang dikumpul oleh Khalifah Abu Bakar berbanding sahabat-sahabat lain pada masa itu ialah mushaf ini merupakan mushaf yang cukup teliti, dikutip dan disemak oleh sebuah jawatankuasa yang berkelayakan dan dipercayai sehingga ke tahap mutawatir. Selain itu, ia juga mendapat pengiktirafan seluruh sahabat dan kaum muslimin.

RUJUKAN
* Muhammad Syarci Abu Zaid, Jamc al-Quran Fi Marahilihi al-Tarikhiyyah Min al-Asr al-Nabawiy Ila al-Asr al-Hadith,versi internet: http://www.almeshkat.net/books/open.php?cat=7&book=76
* Mannac Qattan, Mabahith Fi Ulum al-Quran, Maktabat al-Macarif Li al-Tauzic Wa al-Nashr, Riyad, hlm. 126-128
* http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Ushul%20Tafsir/quran7.htm
* http://www.saifulbahri.net/index.php/Umum/Sejarah-Pembukuan-Al-Quran/Page-2.html
* Muhammad Abdullah Darraz, Madkhal Ila al-Quran al-Karim, Dar al-Qalam, Kuwait, hlm.32-51
* http://www.almeshkat.net/books/open.php?cat=7&book=76

Thursday

Masalah Dunia Tanpa Sempadan

Learning in life is not about the period of time, its about the way you communicate with that things. Some of us might have the same problem, but every single action that we made absolutely different. So, we have our own way. But the most important thing is, we should follow the way that Quran and Sunnah told us. May Allah bless us all.

Wednesday

Aku Kira Mereka Buta Keadilan

Mereka sangka mereka benar,
Mereka sangka sudah menjaga keamanan negara,
Mereka sangka ianya tidak mengapa,
Mereka sangka kezaliman harus dihapus,
Mereka kononnya mahu menangkap penggugat keselamatan negara,
Mereka kononnya mahu menghapuskan pengganas negara,
Tetapi mereka tidaklah fikir,
Haruskah mereka ditangkap tanpa alasan,
Haruskah mereka dilayan seperti binatang,
Haruskah mereka dipukul tanpa sebab,
Haruskah mereka meninggalkan tanggungjawab mereka,
Haruskan mereka terus teraniaya begitu,
Oh alangkah celakanya mereka,
Menyangka kebenaran sudah ditegakkan,
Tanpa mengira anak bangsa mereka diseksa,
Kerana hanyalah untuk menjaga kedudukan,
Mereka menyangka mereke terlepas,
Tidakkah mereka memikirkan mereka akan ditanya,
Kepimpinan mereka akan ditanya,
Keadilan mereka akan ditanya,
Kezaliman mereka akan ditanya,
Mereka masih menyombong diatas bumi ini,
Adakah mereka memikirkan sejenak,
Isteri mereka siapa yang jaga?
Anak mereka siapa yang kasih?
Makan mereka siapa yang suap?
Tangis mereka siapa yang peduli?
Sakit mereka siapa yang hirau?
Wahai penjaja 'kebenaran',
Adakah kamu masih mahu mempertahankan akta ini,
Jika ayah kamu yang diletakkan di dalam,
Jika abang kamu yang disumbat,
Sedarlah kamu,
Hari Keadilan menunggu kamu,
Wahai 'penggugat' keamanan negara,
Bersabarlah wahai anak bangsa merdeka,
Salam hormat dari kami kepada kalian.

Saturday

Tentang Petang

                                          Tiang letrik nak masuk jgk. Takpe2, bagi chance.


                                   3 pokok ini mereka berkawan lama. Hampir 4 dekad yang lalu.


                                            Keorenan langit. Allah Maha Agung.


                                          Allah Maha Pencipta.


                                          Kekuasaan Allah.


                                          Keagungan Allah.


                                          Tiada yang berhak disembah melainkan Allah.


                                  Semoga kita manusia terasa sangat kerdil dengan ciptaan Allah.


                                          Manusia mampu buat kereta je. KahKahKah!

Perihal Petang-petang

                               Laluan utama ke Key El. Di balik bukit tu je Key El. Tol pun takde.


                 Ni tempat biawak berkubang. Slalu gadoh ngan kerbau nak kubang time maghrib.


   Seorang pesawah tgh watpe? Cuba teka? Wat bodoh je laa. Aku penat-penat snap gamba dia. Tak paling langsong!                                   


                                          Cant be described. So So So soya yeos.


         Penjual goreng pisang banyak yang 'ambek' pisang kat sini. Mereka untung besar, pisang free.Haha!


                                          Bende?


                                          Entoh!

Friday

Perihal Kambeng Kawan Saya

                         Kambeng ni cuba melangkah keluar. Namun digagalkan oleh pihak manusia. haha!


                                  Kambeng sedeh mengenangkan dosa-dosa manusia dibawah. Isk3


                                   Menunggu makanan sampai sambil mengembekkkk. Cayalah lu!


                                      Teratak mereka sangat tinggi. Nyamuk tak sampai nak naik.


                       Mereka bersaing untuk makan. Makanan banyak pun berebut. Sekeh kang haaa.

Memenuhi Permintaan Ramai

                                       Takde motif. Saja buang masa. Dah takde sampah nak buang.


                             Kita daripada tanah. Tanah pun jaga keselamatan. Kita? Haremmmmm

Wednesday

Entri suka-suki

Bismillah.










Pada dasarnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadis ini, menurut neraca Islam, kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah atau selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.
Indeed, we can judge a book by its cover in certain cases.
When the book disobey the rules, that cover is reflecting what's inside the heart of a person.

Doa adalah Ibadah

Doa. Ia adalah keperluan wajib seorang hamba. Elakkanlah daripada melakukan syirik kecil mahupun besar kerna ia akan mempengaruhi doa kita. Tanpa doa, dimanakah lagi tempat seorang hamba mahu mengadu, meminta, menyeru dan merintih. Doa mempunyai kekuatan yang tersendiri. Berdoalah selagi mampu. Di bawah ada beberapa dalil yang berkaitan doa. Semoga bermanfaat InsyaAllah.


“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).


 “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).


“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).


Sabda Nabi S.a.w : “Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).


Sabda Nabi S.a.w :  Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah . Ditanya baginda :  Apa itu tergopoh-gapah ? . Sabda baginda : Apabila dia berkata : aku telah pun berdoa ! aku telah pun berdoa !, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa  (Riwayat Muslim).


 “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: samada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).


“Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka” (Surah al-Ahqaf, 5-6).


“Doa itu adalah ibadah” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).




Berdoalah wahai saudara-saudaraku!

Tuesday

Aidil Adha

Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar. Selamat sampai ke destinasi. Walaupun kadang-kadang meter menunjukkan kepada 180 km/h. Kereta bergetar kerana menggunakan adjustable yang sangat keras. Macam lori 10 tayar. HAHA! InsyaAllah pagi esok dapat menunaikan solat sunat aidiladha. Dan berharap dapat mengikut petunjuk daripada Nabi s.a.w. Dare to be different. 


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ 

غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

Maksud: Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam: “Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” (Hadis Riwayat Muslim, Shohih MuslimKitabul Iman, 1/350, no. 208 (Dari Abu Hurairah). Ibnu Majah, Sunan Ibni MajahKitabul Fitan, 11/485, no. 3976 (Dari Abu Harairah). Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 34/25, no. 16094 (Dari 'Abdurrahman B. Sannah).

Kadang-kadang terpaksa menerima kritikan orang kerana tidak mengikut apa yang telah ada. Namun hati ini masih kuat dan insyaAllah akan terus kuat untuk menjadi Ghuraba. Ya Allah letakkanlah hambaMu sebagai hamba yang terus berdiri dan mengikut jalan sunnah. Kuatkanlah aku Ya Allah.

                                            Sekadar hiasan. Jangan kagum. Tak jadi jual.

Salam perantauan, Perlis. Haha!


Sunday

Aku Hamba

Aku mengharapkan keredhaanMu Ya Allah atas setiap tindakan ku,

Aku memohon keampunanMu atas setiap dosa yang aku lakukan.

Friday

Mukmin yang kuat

                                            Gambar hiasan sahaja. Jangan terpengaruh.


عَنْ أَبى هُرَيْرةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْل الله صلى الله عليه وسلَّم: المُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنَ اْلمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ وَفِى كلِّ خَيْرٌ. اِحْرِصْ عَلَى مَايَنْفَعُكَ، وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلاَ تَعْحَزْ، وَلَكِنْ قُلْ: قَدَّرَ اللهُ، وَمَا شَاءَ فَعَلَ، فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
(رواه مسلم)


Terjemahan:
Dari Abi Hurairah ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai olih Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah, dan sekiranya suatu (musibah) menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya “KALAU” membuka amalan syaitan. (Hadis Riwayat Muslim)




Syarah Al-Hadis
Hadis di atas mengandungi beberapa perinsip penting dalam ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaa’ah diantaranya:
1.       Hadis mengitsbatkan (menetapkan) Al-Mahabbah (cinta) sebagai salah satu sifat bagi Allah. Sifat tersebut sangat tergantung pada kehendakNya jua untuk melebihkan kecintaanNya pada seseorang mengatasi kecintaanNya pada orang lain. Kecintaan Allah pada mukmin yang kuat adalah lebih besar dibandingkan dengan kecintaanNya pada mukmin yang lemah.
2.       Hadis juga menunjukkan bahwa IMAN adalah mencakupi urusan hati, ucapan dan perbuatan. Iman ada tujuh puluh cabang lebih, cabangnya yang paling tinggi: Laa Ilaaha Illa Llaah, dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang berbahaya dari jalan. Jadi tahap kesempurnaan iman seseorang sangat ditentukan olih banyak sedikit cabang-cabang iman tersebut dimilikinya. Barangsiapa yang melaksanakan sepenuhnya, menyempurnakan dirinya dengan ilmu yang bermanfaat dan amal salih, dan menyempurnakan pula orang lain dengan berpesan-pesan dengan kebenaran (dakwah) dan berpesan-pesan pula dengan kesabaran, maka orang inilah mukmin yang kuat dan berhak mendapat derjat iman yang paling tinggi. Dan barangsiapa yang tidak sampai ke derjat itu, dialah mukmin yang lemah. Inilah dalil Salafus Salih bahwa iman itu dapat bertambah dan dapat pula berkurang karena ia sangat ditentukan olih ilmu dan amal salih seseorang.
3.       Setelah baginda menyatakan kelebihan mukmin yang kuat dengan mukmin yang lemah, baginda menjelaskan pula bahwa kedua-dua jenis mukmin itu masing-masing ada mempunyai kebaikan. Kenyataan ini perlu disebut olih baginda karena beliau khawatir kalau-kalau akan muncul kelak golongan yang suka memperkecil-kecil dan memandang remeh mukmin yang lain karena perbedaan pandangan dalam perkara-perkara yang tidak perinsip. Dan ditinjau dari sudut lain pula kenyataan tersebut dirasakan perlu supaya umatnya sentiasa berusaha untuk menjadi mukmin yang kuat agar lebih dicintai olih Allah. Dalam hadis ini juga menunjukkan bahwa mukminin tidak sama dalam taraf kebaikan, kecintaan Allah pada mereka, istiqamah dalam beragama dan lain-lain. Derjat masing mereka berbeda-beda, ini sebagaimana firman Allah:


      وَلِكُلٍّ دَرَجَاتٌ مِّمَّا عَمِلُوا
"Dan bagi masing-masing mereka derjat menurut apa yang telah mereka kerjakan".[Surah Al-Ahqaaf 46:19]

Tazkirah

Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam) bersabda: Sekali-kali tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba (manusia) pada Hari Kiamat nanti sehingga kepadanya ditanya tentang empat perkara:
 
  1. Tentang umurnya kemana dia habiskan
  2. Tentang masa mudanya kemana dia pergunakan
  3. Tentang hartanya darimana dia perolihi dan kemana ia belanjakan
  4. Tentang ilmunya apakah yang dia amalkan.
 (Hadis Riwayat Al-Bazzar dan Al-Tabarany dengan sanad sahih)

Peringatan untuk diri sendiri

"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."(2:195)

Thursday

Aku Hamba Allah

Aku hambaMu yang berdosa, Aku hambaMu yang lemah, Aku hambaMu yang bersalah,

Ya Allah Ya Tuhanku,

Engkaulah Tuhanku yang Maha Pengampun,

Aku mengharapkan ampunanMu Ya Allah,

Ampunkan aku, hambaMu yang berdosa.

| Itu dan Ini |

Sebarang objek yang bernama manusia itu memang wajib pada dasarnya mempunyai perasaan. Dan perasaan itu kadang-kadang akan memberi kesan kepada tindakan yang akan dilakukannya. Tidak kiralah kesan yang baik mahupun buruk, tetapi pada kebanyakan tindakan, memang sangat mempengaruhi. Oleh itu, jika kita ditimpa kesusahan atau musibah ingatlah bahawa itu mungkin dugaan kepada kita. Dan sebaiknya kita harunginya mengikut  sunnah Rasulullah. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ada satu kisah yang baik untuk kita ketahui. 

Kisah Ummu Salamah
Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Abu Salamah meninggal dunia setelah pulang dari perang Uhud. Ia meninggal akibat luka parah yang dialaminya. Abu Salamah meninggalkan seorang isteri, Ummu Salamah. Ummu Salamah merasa sangat sedih. Fikiran terganggu. Ummu Salamah, seorang yang intelek tidak mahu membiarkan dirinya dirundung pilu berterusan.
Ummu Salamah sedar Muhammad bin Abdullah, insan yang paling dekat dengan Allah itu masih ada. Balu dan ibu kepada anak-anak yang kematian ayah itu dinasihatkan oleh Nabi s.a.w berkenaan masalahnya. Nabi Muhammad s.a.w telah mengajar satu doa yang bermaksud,
    “Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nyalah kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku dan berilah aku ganti yang lebih baik darinya.”

Pada waktu itu, Ummu Salamah tertanya-tanya juga siapa lagi yang lebih baik dari suaminya. Namun Ummu Salamah terus mengamalkan doa tersebut serta yakin dengan Allah yang akan memakbulkan doanya.
Beberapa sahabat Rasulullah s.a.w segera melamar Ummu Salamah. Hal ini mereka lakukan sebagai tanda hormat terhadap suaminya yang telah berkorban demi Islam. Juga untuk melindungi diri Ummu Salamah. Mereka itu termasuklah Abu Bakar as-Siddiq dan Umar bin al-Khattab , tetapi Ummu Salamah menolaknya.
Kebimbangan Ummu Salamah berhubung pengganti suaminya akhirnya terjawab tatkala dilamar oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Inilah rupanya hasil doa dan kesabarannya. Kehilangan Abu Salamah telah diganti oleh Allah dengan sebaik-baik manusia yakni Rasulullah s.aw.
Lamaran Rasulullah s.a.w itu tidak segera diterimanya. Ummu Salamah mengungkapkan kata-kata, “Sesungguhnya saya seorang wanita yang telah berusia. Saya juga memiliki anak-anak yatim dan saya seorang yang sangat cemburu. Sedangkan anda wahai Rasulullah, memiliki ramai isteri.”
Rasulullah s.a.w lalu berkata, “Adapun tentang sifat cemburu itu, maka Allah akan menghilangkannya. Adapun usia yang telah tua, sesungguhnya saya lebih tua darimu. Manakala anak-anak yatimmu, maka itu menjadi tanggungan Allah dan Rasul-Nya.”
Hilanglah rasa ralat di hati Ummu Salamah. Lalu diterima lamaran sebaik-baik manusia itu dengan rasa gembira. Status Ummu Salamah meningkat menjadi salah satu Ummahatul Mukminin, yang telah memberikan contoh tauladan dalam menempuh mehnah hidup.
Kisah indah ini direkodkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya.

Tuesday

Pagi Yang Hening

Dunia ini hanyalah pentas untuk kita mempersembahkan apa yang diajar Nabi S.A.W. Keikhlasan antara salah satu yang perlu dalam sesuatu amalan. Hanya mahu memperingati diri sendiri. Semoga teguh berdiri di atas jalan sunnah. Semoga Allah berikan kekuatan. Dalam hadith riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Syaibah, Aisya ra., berkata,

"Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, 'Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.' Aku pernah bertanya, 'Ya Rasulullah, kenapa anda sering berdoa menggunakan doa seperti itu? Apakah anda merasakan ketakutan? Beliau menjawab, 'Tidak ada yang membuatku merasa aman wahai Aisyah. Hati seluruh hamba ini berada pada dua jari Allah yang Maha Memaksa. Jika mahu membalikkan hati hambaNya, Allah tinggal membalikkan begitu saja.'

Critical situation.
Thesis in progress.
No choice.
Acoustic, come on man!
HAHA!

Monday

<*_*>

Rasa berdosa
Rasa bersalah
Rasa kurang senang
Mungkin ini satu cabaran bagiku
Namun aku masih lemah
Aku perlu lebih daripada ini
Namun mereka masih disitu
Tidak langsung mahu berganjak
Tapi masih ada yang  hendak
Aku bersyukur
Semoga aku mendapat kekuatan
Untuk terus istiqamah dijalan ini
Ya Muqollibal qulub, Sabbit Qolbi ‘ala Dinik


Saturday

Sunnah Menggunakan Tangan Kanan

Dalam hadis yang muttafaqun ‘alaih, 

يَا غُلاَمُ سَمِّ اللَّهَ ، وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ
Wahai anak, sebutlah nama Allah, dan makanlah dengan tangan kananmu, serta makanlah yang ada di hadapanmu." (HR. Al-Bukhari no. 5376, Bab Membaca Basmalah ketika Makan dan Makan dengan Tangan Kanan; Muslim no. 2022, Bab Adab Makan-Minum dan Hukumnya)
Dalam Sahih Muslim disebutkan sebuah riwayat,
« إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ ».
"Jika seseorang di antara kalian makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya. Jika minum maka hendaknya juga minum dengan tangan kanannya, kerana syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya pula." (HR. Muslim no. 2020, Bab Adab Makan-Minum dan Hukumnya)
Dalam kitab yang sama disebutkan riwayat lainnya,
أَنَّ رَجُلاً أَكَلَ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِشِمَالِهِ فَقَالَ « كُلْ بِيَمِينِكَ ». قَالَ لاَ أَسْتَطِيعُ قَالَ « لاَ اسْتَطَعْتَ ». مَا مَنَعَهُ إِلاَّ الْكِبْرُ. قَالَ فَمَا رَفَعَهَا إِلَى فِيهِ.
Ada seorang lelaki makan di samping Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dengan tangan kirinya. Lalu Rasulullah bersabda, ‘Makanlah dengan tangan kananmu!’ Dia malah menjawab, 'Aku tidak mampu.' Baginda bersabda, ‘Engkau tidak akan mampu’ –tidak ada yang menghalangnya (daripada makan dengan tangan kanan) kecuali kerana sifat sombong -. Setelah itu tangannya tidak boleh sampai ke mulutnya.” (HR. Muslim no. 2021)
Dari beberapa hadis di atas, kita dapat menarik pelajaran bahawa dilarang makan dengan tangan kiri.
Kebanyakan ulama Syafi’iyah berpandangan bahawa hukum makan dengan tangan kanan hanyalah sunat (dianjurkan). Demikianlah yang dipilih oleh Al Ghazali kemudian An Nawawi. Akan tetapi, ada pendapat tegas daripada Imam Asy Syafi’i dalam kitab “Ar Risalah” dan di tempat lain dalam “Al Umm” yang menyatakan bahawa hukum makan dengan tangan kanan adalah wajib.[1]
Pendapat yang dikatakan oleh Imam Asy Syafi’i, itulah yang dinilai lebih kuat.
Penulis ‘Aunul Ma’bud, Al ‘Azhim Abadi memberikan penjelasan, “Pada hadis (urutan kedua seperti di atas, pen) secara zahir menunjukkan perintah untuk makan dan minum dengan tangan kanan adalahwajib. Demikianlah pendapat sebahagian ulama. Bahkan hal ini dikuatkan oleh riwayat Muslim, “Ada seorang lelaki makan di samping Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dengan tangan kirinya. Lalu Rasulullah bersabda, ‘Makanlah dengan tangan kananmu!’ Dia malah menjawab, 'Aku tidak boleh.' Baginda bersabda: Engkau tidak akan mampu’ –tidak ada yang menghalangnya (daripada makan dengan tangan kanan) kecuali kerana sifat sombong -. Setelah itu tangannya tidak boleh sampai ke mulutnya..”[2]
Ertinya jika dikatakan wajib, maka yang makan atau minum dengan tangan kiri dengan sengaja, bererti melakukan hal yang haram. Demikianlah yang lebih tepat kerana ada penguat dalam riwayat Muslim yang menyatakan bahawa makan dengan tangan kiri menyerupai perbuatan syaitan. Inilah yang menjadi alasan wajibnya sebagaimana telah jelas dalam kaedah fiqhiyah. Wallahu a’lam.
Namun jika ada uzur (halangan) menggunakan tangan kanan kala itu, maka dimaafkan jika terpaksa menggunakan tangan kiri. Ibnu Baththal menukil perkataan Ath Thabari, di mana beliau berkata, “Tidak boleh makan dan minum dengan tangan kiri kecuali bagi orang yang tangan kanannya dalam kesulitan untuk digunakan kerana mesti melakukan hal lainnya seperti digunakan untuk mengambil, memberi, mengangkat, meletakkan atau membentangkan sesuatu.” Lalu Ath Thabari menyebutkan riwayat ‘Ali yang mendukung hal ini.[3] Ingat sekali lagi, dibolehkan dengan tangan kiri di sini ketika memang darurat, bukan kerana malas.
Demikian sajian singkat malam hari ini. Semoga yang sedikit ini bermanfaat.
Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat.

Selesai disusun saat kumandang adzan ‘Isya di Ummul Hammam, KSU, Riyadh, Saudi Arabia, 22 Syawal 1431 H
Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Saat Itu

Terkadang tertanya dimana,
Namun hati masih mencari,
Biarlah ianya pergi,
Biarlah ia berlalu dengan relanya,
Seperti aliran sungai yang deras itu,
Anak muda,
Pergilah kamu ketika ini,
Saat kamu dikurniakan kudrat,
Saat kamu dikurniakan tenaga,
Saat kamu dikurniakan pilihan,
Saat kamu dikurniakan jalan,
Carilah bekalan yang perlu,
Bukan hanya untuk mengumpul,
Tapi sebarkanlah ia,
Gunakanlah ia,
Ikutlah walaupun berat,
Kerana pasti ada kelebihannya,
Inilah dunia sekarang,
Banyak ancaman dan dugaan,
Bersabarlah wahai anak muda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...