Friday

|Saksi|

Permulaan yang mengasyikkan,
Kadang-kadang merindui,
Ada saat terasa sepi,
Tetapi menahan tatkala hadir,
Apakan daya hidup ini,
Adakala gelisah,
Adakala suka,
Melintas dunia untuk melepaskan,
Terasa asyik bila mendengar,
Jantung berdegup kencang,
Mulut tersenyum gembira,
Tubuh terasa sejuk,
Bila suara itu hadir,
Namun masih mencari,
Apakah maksud disebalik,
Merasakan sesuatu,
Hati terasa ada,
Cuba memahami yang tersirat,
Dan melangkahkan kaki,
Ya,ada,
Terus tersenyum,
Melalui saat itu,
Kadang gembira,
Kadang suka,
Kadang bercahaya,
Semua itu maksud yang sama,
Tetapi ada kekurangan,
Merasakan itu,
Mencari jalan keluar,
Mencuba satu per satu,
Gagal dan gagal,
Doa diteruskan,
Akhirnya ada,
Mengharapkan rahmat,
Terima kasih kerana jalan ini,
Kau membuka,
Aku menerima,
Jalan ditempuhi lebih tenang,
Mengharapkan redha Tuhan,
Semoga aku bertahan,
Hingga kutemui,
Setakat ini,
Aku mampu,
Semoga terus mampu,
Banyak lagi yang perlu,
Hidup banyak memberi,
Jangan hanya tahu menerima.

Wednesday

Cat!

Apalah yang ada pada tukang cat. Hanya sekadar skill mengecatnya yang cemerlang mungkin boleh mencari rezki untuk keluarga. Apakan daya, itu je kerja yang termampu. Namun aku redha dengan kerja ini dikala cuti menjelang tiba. Walaupun pendapat dalam 4ratos juta pound sterling je, aku tetap bercita-cita nak beli Nissan Skyline R35. Harap-harap dah abeh cat neh smpailah hajat aku. HAHA!


                                                       Antara skill bangang dalam cat.


                                                       Skill biasa semasa mengecat.
                                                    Skill dilarang dalam mengecat!


Hadis baginda Rasulullah s.a.w:


Daripada Abdur Rahman Bin Sa’id Al-Khudry , daripada bapanya . Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : “ Tidak boleh seseorang lelaki memandang kepada aurat seseorang lelaki selainnya , dan tidak boleh juga seorang wanita memandang kepada aurat wanita selainnya , dan tidak boleh seseorang lelaki itu bergesel-gesel dengan seseorang lelaki lain di dalam selimut yang sama , dan begitu juga tidak boleh seseorang wanita bergesel-gesel dengan seorang wanita lain di dalam satu selimut “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim ( Kitab Al-Haidh )

Saturday

Kuliyah Itu


Bismillah

Sekarang kita berada di bulan Muharam. Iaitu bulan yang diharamkan Allah. Maknanya ini ialah antara bulan yang telah disucikan Allah. Kita dianjurkan untuk memperbanyakkan puasa pada bulan ini. Sebagaimana yang disabdakan Nabi:


“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah - Muharram. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam.”[HR. Muslim no. 1163, daripada Abu Hurairah]

Dan juga puasa asyura itu akan menghapuskan dosa setahun iaitu kita  berpuasa pada 10 Muharam.

“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah? Baginda menjawab, ”Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa ’Asyura? Baginda menjawab, ”Puasa ’Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.”[HR. Muslim no. 1162]

Dan para sahabat telah mendapat bahawa puasa ini juga dilakukan oleh kaum Yahudi kerna hari itu juga Allah telah menyelamatkan Nabi Musa dan kaumnya dan Firaun dan kaumnya ditenggelamkan.
“Ketika tiba di Madinah, Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ’Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bertanya, ”Hari yang kalian bepuasa ini adalah hari apa?” Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, ”Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya, dan Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam untuk bersyukur, maka kami pun berpuasa pada hari ini”. Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam lantas berkata, ”Kami lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.”. Lalu setelah itu Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa.”[HR. Muslim no. 1130]

Lantas Rasulullah pun sunnatkan kita untuk berpuasa pada 9 Muharam untuk membezakan umat islam dengan agama yang lain.
“Apabila tiba tahun depan –insya Allah (jika Allah menghendaki)- kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan.” Ibnu Abbas mengatakan,“Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam sudah meninggal dunia.”[HR. Muslim no. 1134]

Disini, kita juga dapat melihat usaha nabi untuk membezakan umat islam dengan agama yang lain. Contoh yang lain apabila ada sahabat yang mencadangkan cara untuk memanggil orang solat dengan menggunakan serunai kaum yahudi dan loceng kristian. Namun, Nabi tidak setuju dengan perkara itu sehinggalah azan dijadikan syiar oleh umat islam. Dalam bab puasa pula, kaum yahudi tidak ada makan untuk sahur dan melewatkan berbuka. Tapi nabi sangat menekankan umat islam untuk bersahur kerana banyak kelebihan sahur itu sendiri dari segi duniawi dan ukhrawi. Nabi juga menyuruh kita menyegerakan berbuka dan dapat membezakan islam dan agama yang lain. Seperkara lagi, aku agak terkejut juga bila mendengarnya, sebenarnya upacara konvokesyen yang dilakukan apabila tamat ijazah seseorang itu adalah berasal daripada upacara ijazah bible oleh kaum kafir. Apa yang kita lihat sekarang dimana kita memakai jubah dan topi itu, diiringi lagu didalamnya, koir biasanya, yang selalunya koir ini dinyanyikan didalam gereja. Semoga kita kembali berfikir mengenai hal-hal ini. Kita harus mempunyai pendirian, dan kadang-kala ianya memang susah untuk dipertahankan.

Friday

Bilangan

|Bismillah|

Kita ini hanyalah bilangan sahaja – Imam Hassan al Basri
Apabila pergi sebahagian hari, hilang dan pergilah sebahagian bilangan kita. Dan kita sebagai hamba tidak tahu berapakah bilangan untuk diri kita. Jika ditakdirkan kita untuk 60tahun, hilanglah sebahagian bilangan itu tanpa kita sedari apa sebenarnya yang kita lakukan untuk bilangan telah dilalui itu. Itulah sebenarnya hakikat kehidupan kita, setiap hari bilangan kita tetap akan berkurang. Persediaan untuk menghabiskan bilangan itu entah bagaimana rupa. Terkadang tergelincir, dan terkadang berada diatas landasan. Itulah manusia.

Kita hanyalah bilangan. Apabila bilangan itu habis, tidak ada lagi segala pangkat diatas dunia ini. Tidak Tun, Datuk, Tan Sri, DYMM dan segala nama keramat itu. Kita sama apabila berada dialam selepas habis bilangan kita. Tidak pula diasingkan mengikut kedudukan didunia. Tidak tidak tidak. Entah berapa ramai manusia yang hebat kuburnya diatas, terseksa dia dibawah.


Ahli kerohanian pernah menyebut bahawa kita ini adalah seperti orang miskin yang bermimpi. Bermimpi menjadi kaya dan memiliki harta. Dan apabila paginya, orang kejut si miskin tersebut dan mendapati dia hanyalah si miskin ditepi jalan. Begitulah kita, apabila kita dikejut untuk bertemu Allah, sebenarnya kita hanyalah hamba yang tanpa memiliki apa-apa. Jangan terlalu sombong untuk harta keduniaan. Sedarlah kita kesana juga akhirnya.

Firman Allah : Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah Kami kurniakan kepada kamu dan Kami tidak melihat berserta kamu penolong- penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). (6:94)




Tuesday

Insan

Insan tetap insan. Akan berlaku kepadanya apa yang berlaku kepada insan yang lain. Setiap insan pasti ada salah dan silap. Kesalahan yang tidak mengira hal akhirat mahupun hal keduniaan. Jika ia melibatkan hal akhirat, kita punyai Allah yang maha pengampun, dan jika ianya melibatkan hal keduniaan, mintalah bantuan pada Tuhan yang satu itu. Maha mendengar Allah kepada setiap rintihan hambanya. Berdoalah, kerna ianya lebih mendekatkan kita kepadaNya!


                                   Ni guane plop?

Monday

Ekzeng

Menatang exam abih doh. Doh bereh doh la sem ni. Buleh tawakkal jer lah. Kalo molek sukur la, kalo dok molek nak wat guane ke die. Lening nok balik jupe kambeng. Haha!


"Dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(8:61)


Larangan bertawakkal selain Allah.


Dan Kami berikan kepada Musa kitab (Taurat) dan Kami jadikan kitab Taurat itu petunjuk bagi Bani Israil (dengan firman): "Janganlah kamu mengambil penolong selain Aku.(17:2)


Orang mukmin hanya bertawakkal kepada Allah.


Dan hanya kepada Allahlah, hendaknya orang-orang mu'min bertawakal.(3:122)


Harus benar-benar tawakkal kepada Tuhan.


Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.(3:159)


Hanya Allah tempat bergantung.


"Dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allahadalah sebaik-baik Pelindung."(3:173)


Sedak dudok doh lening. Rilek pisang laa..

Saturday

Sama-Sama

Bismillah.

Firman Allah Ta'ala ( al-Ruum 30:27):

Maksudnya: Dan Dialah yang menciptakan (manusia) dari permulaan, kemudian mengembalikan (menghidupkan)nya kembali, dan menghidupkan kembali itu adalah lebih mudah bagiNya.

Tuhan,
Aku meyakini kehidupan selepas mati itu benar. Selamatkanlah aku daripada azab kubur. Apakah lagi yang diharapkan oleh seorang insan melainkan ampunanMu Tuhan.

Maksudnya:
"Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur,  dan dari siksa neraka Jahanam, dan dari fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal."
(HR Bukhari 2/102 dan Muslim 1/412. Lafadz hadits ini dalam riwayat Muslim)

Dibaca selepas bacaan tasyahud dan sebelum salam.

Thursday

Entah

Andai diri ini lemah,
Ku mengharapkan kekuatan,
Andai aku disini tanpa apa-apa,
Ku mengharapkan keredhaan,
Andai aku ada kekurangan,
Harap terima seadanya,
Andai ada kesilapanku,
Harap dimaafkan,
Andai aku perlu berhijrah,
Aku mengharapkan kebaikan,
Andai hati ini gelisah,
Kupinta ditenangkan,
Andai hidup tidak menentu,
Kupohon diberi tunjuk,
Andai jalanku salah,
Tunjukkanlah padaku,
Andai aku terpesong,
Luruskanlah aku,
Andai aku berlebihan,
Sederhanakan diriku,
Andai aku tidak ikhlas,
Jauhkanlah aku kesombongan,
Andai ada yang terbaik,
Kumohon kebaikan,
Andai aku tersilap,
Betulkanlah aku,
Andai ada kesalahan,
Aku mahukan petunjuk,
Andai aku lalai,
Minta diperingatkan,
Andai aku jauh,
Dekatkanlah aku,
Dan apabila aku berdosa,
Aku dambakan ampunanMu,
Aku mengharapkan aliran air mata kerana takutkanMu Ya Allah.


Perubahan

Dunia bukanlah segalanya untuk kita cari segalanya. Ia mungkin menjadi kehancuran untuk suatu puak, dan mungkin juga kebaikan untuk satu puak yang lain. Dunia ini hanyalah tempat untuk persinggahan manusia mengenal Rabb, Tuhan sekalian alam ini, menyembah dan memuja Tuhan yang Maha Besar. Jalan yang kita lalui setiap hari itulah yang akan menentukan nasib kita kelak. Dihadapan Tuhan akan kita jawab semuanya. Ke syurga, itulah impian setiap manusia mahupun insan yang setiap hari hidupnya dipenuhi dengan kebaikan mahupun insan yang diselubungi dengan kejahatan dan dosa-dosa. Neraka, adalah tempat yang insan kadang-kadang menangis mengalirkan air mata kerana takutkannya. Itulah dua persinggahan yang Allah telah tetapkan kepada manusia di dalam alam ini. Masuknya kita kesyurga dengan rahmat Allah dan ke neraka dengan keadilanNya. Setiap kebaikan yang kita lakukan kadang-kadang digandakan pahala dan kejahatan itu hanyalah dihukum satu kejahatan. Allah itu pemberi rahmat kepada hambanya. Sebanyak mana dosa hambanya akan diampunkan jika benar-benar bertaubat. Allah maha penerima taubat hamba-hambanya. Setiap insan pasti ada peluang dan jalan untuk berubah.

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS. Al Baqarah: 222).

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)

“Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian bertaubat, niscaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada kalian.” (Hadist diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abi Hurairah, dan ia menghukumkannya sebagai hadits hasan dalam kitab sahih Jami’ Shagir – 5235)

Wahai hamba Allah sekalian, janganlah kita berputus asa untuk segala pintu taubat yang Allah sediakan untuk kita. Dekatkanlah diri kepadaNya. Setiap manusia pasti ada kesilapan dan kesalahan. Tatkala hati merenung jauh memikirkan untuk berubah, berubahlah! Jangan ditunggu untuk suatu masa tertentu, kerana belum tentu masa itu menjadi milik kita. Perubahan itu memerlukan pengorbanan dan istiqamahlah diatas jalan ini. Terkadang, kita bekorban untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik dalam hidup, sebagai contoh didalam peperiksaan. Tidak tidur untuk mengulangkaji pelajaran, untuk mendapatkan terbaik. Apalah sangat jika kita bandingkan pengorbanan itu dengan pengorbanan yang kita lakukan untuk kehidupan yang kekal. Berkorbanlah untuk mendapat yang terbaik untuk hidup kita, mati kita dan kehidupan selepas itu. Paksalah diri untuk kebaikan. Janji Allah pasti benar.



Monday

Ikutan itu adalah pada diri Nabi yang kita cintai

Bismillah.
Apalah yang ada pada pusingan hidup ini.
Kadang kita dibawah, kadang diatas.
Iman pula tatkala menurun, terasa seperti jauh dengan Allah. Semoga ditetapkan hati kita dekat dengan Allah. InsyaAllah terasa kemanisan itu.
Ibadah itu boleh mendekatkan manusia dengan Khaliqnya. Tetapi, terkadang seperti melihat manusia itu melakukan ibadah atas ciptaanya. Pada asasnya, suatu ibadah itu tiada, kecuali didatangkan dalil untuknya.
Jadi, kita haruslah memandang berat soal seperti ini. Allah telah perintahkan Rasulullah untuk mengajar sekalian manusia cara untuk kita menyembahNya. Tetapi, ada yang melakukan sesuatu tanpa ada dalil, entah dari mana ibadah itu diambil.
Disini aku akan kemukakan satu analogi yang mungkin boleh difahami. Seorang tukang cat mengecat rumah yang bewarna merah sedangkan tuan rumah mahukan warna putih. Sudah pasti tuan rumah tidak boleh menerima warna merah itu sedangkan apa yang dikehendakinya adalah putih. Jadi, Allah telah menunjukkan cara ibadah kepadaNya melalui Rasulullah dan kita melakukan apa yang tidak Rasulullah ajar? Bagaimana boleh diterimanya.
"Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam urusan (agama) kami ini sedangkan ia bukan (dari kami) maka ia tertolak". (HR Bukhari dan Muslim)
"Sesiapa yang melakukan sesuatu amal yang bukan dari perintah kami (Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya) maka amalan itu tertolak".(HR Muslim)

Kita mengharapkan rahmat dan redha Allah dan wajiblah untuk kita mengikut apa yang telah ditetapkanNya. Dia telah menjadikan Rasulullah itu satu teladan yang baik, satu manusia yang cukup sempurna untuk kita ikuti. Sebagaimana firman Allah:


"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu tauladan (contoh ibadah) yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat serta dia banyak mengingati Allah". (33:21)

Ingatlah bahawa ibadah yang kita lakukan hanyalah untuk Allah. Kita menyembah Allah. Kita menundukkan diri kepada Allah. Kita mengharapkan redhaNya, rahmatNya, cintaNya dan ikhlaslah beribadat kepadaNya.
"Dan mereka menyangka bahawa mereka mencipta (ibadah) yang baik (untuk mereka)".(18:104)

 Allah berfirman:"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" (Al-Isra' 17:36)

Thursday

Ke sini Ke sana

Dalam kehidupan manusia, pelbagai ragam yang perlu kita hadapi. Kita berdepan dengan ramai manusia namun kadang-kala kita berasa kurang senang dengan tindakan sesetengah manusia. Bukanlah manusia jika kita dapat menghadapi semua orang dengan perasaan senang. Namun dalam ketidakselesaan tersebut, kita sedaya-upaya cuba berkomunikasi dengan baik walaupun secara terpaksa. Berkomunikasi dengan orang haruslah mengikut jenis manusia tersebut. Tidak semua manusia itu sama cara tuturnya, tingkah-lakunya, perasaannya. Dan cara kita melontarkan kata-kata itu terkadang member kesan kepada setiap insan.
Wahai pendakwah, jangan kamu terlalu gelojoh untuk memebetulkan manusia dengan berpandangan bahawa semua orang itu sama dengan keadaan kamu. Ketelitian harus ada pada setiap pendakwah. Jika kamu meluruhkan seluruh jiwa raga dijalan dakwah, mengapa kamu harus gelojoh, mengeluh dan putus asa. Kamu harus ingat bahawa, jiwa dan perasaan manusia sememangnya tidak sama. Jadi kamu harus belajar mengenai manusia. Pendakwah mesti faham manusia, sifat manusia dan perasaan mereka.
Luangkanlah banyak masa untuk menuntut ilmu. Pendakwah mesti berilmu. Jangan mengambil jalan singkat untuk berdakwah. Pendakwah mesti menyatakan hujah dan fakta atas segala sesuatu. Bukankah itu memerlukan masa untuk mendapatkannya. Ruangkan masa, pasti ada sesuatu yang lebih baik. Pendakwah, pendekatan haruslah diteliti dengan baik. Ia adalah salah satu elemen terpenting di dalam berdakwah. Sebaiknya, berilah satu pandangan yang membolehkan pihak yang didakwah boleh berfikir mengenainya. Tinggalkan persoalan pada dirinya, jika ia merupakan satu tindakan yang baik. Jangan pula kita memberikan sesuatu yang menyebabkan rasa tidak puas hati pada sesorang kemudian meninggalkannya begitu saja tanpa apa-apa faedah.
Bukanlah dakwah ini untuk menunjukkan sejauh mana ilmu kita. Tapi, keikhlasan kita untuk meneruskan perjuangan para nabi. Nabi Nuh beratus tahun berdakwah tetapi hanyalah segelintir manusia yang mengikut kepada dakwah yang dibawanya. Apakah kita merasakan kerja kita yang sedikit ini terus membuahkan hasil yang besar? Sabar mestilah ada dalam hati setiap pendakwah. Bukanlah sesuatu yang baik untuk mengharapkan kemenangan didepan mata. Kemenangan ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Pilihlah manhaj yang benar dan bertakwakkallah kepada Allah dengan bersungguh.
“…dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.”. (QS.22 [al hajj];77)

Biasa-Biasa

Kesedihan,
Kau datang tanpa isyarat,
Kau sememangnya kebencian,
Kau juga diharapkan,
Kau tetap ada dimana-mana,
Kau datang tak mengira masa,
Kau melemahkan manusia,
Kau menguatkan manusia,

Kesedihan,
Jika kau datang,
Akan ku panggil Tuhanku,
Akan ku guna segala yang ada,
Akan ku merintih,
Akan ku merayu,
Akan ku puji dan puja,
Akan ku titiskan air mata,
Kepada Engkau Ya Allah.

Kesedihan,
Kau menyebabkan aku ingat Tuhanku,
Kau menyebabkan aku ingat tempat kembaliku,
Kau mengingatkan aku tentang Nabi-nabiku,
Apalah sangat kesedihanku,
Yang pasti,
Kadang-kadang aku memerlukanmu,
Akanku basahi pipi menyebut,
"Ya Allah, kasihanilah hambaMu ini!"

Greatest Planner

Kebaikan dan keburukan pada setiap perkara pasti ada.

Jika dimensi yang dilihat berbeza, maka berbezalah pendapat-pendapat yang diberi.

Namun diri sendiri harus melihatnya dari dimensi yang tepat. Kerana keputusan dibuat untuk diri sendiri. Harus berikan yang terbaik. Tambahan, jika ia melibatkan keputusan untuk keadaan jangka masa panjang.

Sang pencari keberkatan, bersabarlah untuk dugaan. Redhalah atas setiap keadaan. Bersyukurlah walau apapun keputusan. Yang pastinya, telah diberikan yang terbaik. Keredhaan Allah pasti ada.

Kita pasti megharapkan yang terbaik untuk setiap tindakan. Dan kita kadang-kadang lalai untuk setiap urusan itu. Tidak pula kita bertawakkal dengan bersungguh-sungguh untuk setiap perkara. Nabi mengajar satu doa yang baik :

“ Ya (ALLAH) Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus segala makhluk, kepada –Mu sahajalah aku mohon pertolongan, oleh itu perbaikilah segala urusanku, janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”  –  Hadis Riwayat Al Hakim dan Al Zahaby

Allah pasti memakbulkan doa hamba-hambanya yang bersungguh. Jika tidak dimakbulkan dengan segera, mungkin masa kita memerlukannya. Entah berapa kali perkataan 'nasib baik' yang kita lepaskan setiap kali mendapat suatu yang tidak disangka ataupun merasakan bertuah untuk sesuatu perkara. Mungkin itulah hasil daripada doa kita. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Jangan berputus asa wahai sang manusia. Rahmat Allah luas.

"……dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” – Surah Yusuf Ayat 87


"Allah the Greatest Planner"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...