Saturday

Kuliyah Itu


Bismillah

Sekarang kita berada di bulan Muharam. Iaitu bulan yang diharamkan Allah. Maknanya ini ialah antara bulan yang telah disucikan Allah. Kita dianjurkan untuk memperbanyakkan puasa pada bulan ini. Sebagaimana yang disabdakan Nabi:


“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah - Muharram. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam.”[HR. Muslim no. 1163, daripada Abu Hurairah]

Dan juga puasa asyura itu akan menghapuskan dosa setahun iaitu kita  berpuasa pada 10 Muharam.

“Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah? Baginda menjawab, ”Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa ’Asyura? Baginda menjawab, ”Puasa ’Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.”[HR. Muslim no. 1162]

Dan para sahabat telah mendapat bahawa puasa ini juga dilakukan oleh kaum Yahudi kerna hari itu juga Allah telah menyelamatkan Nabi Musa dan kaumnya dan Firaun dan kaumnya ditenggelamkan.
“Ketika tiba di Madinah, Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa ’Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bertanya, ”Hari yang kalian bepuasa ini adalah hari apa?” Orang-orang Yahudi tersebut menjawab, ”Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya, dan Fir’aun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini dalam untuk bersyukur, maka kami pun berpuasa pada hari ini”. Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam lantas berkata, ”Kami lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.”. Lalu setelah itu Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa.”[HR. Muslim no. 1130]

Lantas Rasulullah pun sunnatkan kita untuk berpuasa pada 9 Muharam untuk membezakan umat islam dengan agama yang lain.
“Apabila tiba tahun depan –insya Allah (jika Allah menghendaki)- kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan.” Ibnu Abbas mengatakan,“Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam sudah meninggal dunia.”[HR. Muslim no. 1134]

Disini, kita juga dapat melihat usaha nabi untuk membezakan umat islam dengan agama yang lain. Contoh yang lain apabila ada sahabat yang mencadangkan cara untuk memanggil orang solat dengan menggunakan serunai kaum yahudi dan loceng kristian. Namun, Nabi tidak setuju dengan perkara itu sehinggalah azan dijadikan syiar oleh umat islam. Dalam bab puasa pula, kaum yahudi tidak ada makan untuk sahur dan melewatkan berbuka. Tapi nabi sangat menekankan umat islam untuk bersahur kerana banyak kelebihan sahur itu sendiri dari segi duniawi dan ukhrawi. Nabi juga menyuruh kita menyegerakan berbuka dan dapat membezakan islam dan agama yang lain. Seperkara lagi, aku agak terkejut juga bila mendengarnya, sebenarnya upacara konvokesyen yang dilakukan apabila tamat ijazah seseorang itu adalah berasal daripada upacara ijazah bible oleh kaum kafir. Apa yang kita lihat sekarang dimana kita memakai jubah dan topi itu, diiringi lagu didalamnya, koir biasanya, yang selalunya koir ini dinyanyikan didalam gereja. Semoga kita kembali berfikir mengenai hal-hal ini. Kita harus mempunyai pendirian, dan kadang-kala ianya memang susah untuk dipertahankan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...