Friday

Bilangan

|Bismillah|

Kita ini hanyalah bilangan sahaja – Imam Hassan al Basri
Apabila pergi sebahagian hari, hilang dan pergilah sebahagian bilangan kita. Dan kita sebagai hamba tidak tahu berapakah bilangan untuk diri kita. Jika ditakdirkan kita untuk 60tahun, hilanglah sebahagian bilangan itu tanpa kita sedari apa sebenarnya yang kita lakukan untuk bilangan telah dilalui itu. Itulah sebenarnya hakikat kehidupan kita, setiap hari bilangan kita tetap akan berkurang. Persediaan untuk menghabiskan bilangan itu entah bagaimana rupa. Terkadang tergelincir, dan terkadang berada diatas landasan. Itulah manusia.

Kita hanyalah bilangan. Apabila bilangan itu habis, tidak ada lagi segala pangkat diatas dunia ini. Tidak Tun, Datuk, Tan Sri, DYMM dan segala nama keramat itu. Kita sama apabila berada dialam selepas habis bilangan kita. Tidak pula diasingkan mengikut kedudukan didunia. Tidak tidak tidak. Entah berapa ramai manusia yang hebat kuburnya diatas, terseksa dia dibawah.


Ahli kerohanian pernah menyebut bahawa kita ini adalah seperti orang miskin yang bermimpi. Bermimpi menjadi kaya dan memiliki harta. Dan apabila paginya, orang kejut si miskin tersebut dan mendapati dia hanyalah si miskin ditepi jalan. Begitulah kita, apabila kita dikejut untuk bertemu Allah, sebenarnya kita hanyalah hamba yang tanpa memiliki apa-apa. Jangan terlalu sombong untuk harta keduniaan. Sedarlah kita kesana juga akhirnya.

Firman Allah : Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah Kami kurniakan kepada kamu dan Kami tidak melihat berserta kamu penolong- penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat). (6:94)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...