Saturday

Peluang Itu Sentiasa Ada Lah!

Insan, memang tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan dosa. Itulah tabiat insan yang mana bukan mudah untuk menahan diri daripada melakukan walaupun satu dosa dan keburukan itu. Setiap hari, bahkan mungkin setiap jam ada saja kesalahan yang dilakukan oleh sorang yang bernama hamba. Dan dosa ini ada yang berbentuk peribadi dan ada yang berbentuk yang memang diketahui orang. Jikalau dosa itu berbentuk peribadi, maka wajib bagi kita untuk menyembunyikan dosa tersebut.

"Tidak menutup seseorang akan keaiban orang lain melainkan Allah akan menutup keaibannya pada hari qiamat". (Riwayat Muslim)

Dosa sudah tentu merupakan aib bagi seseorang dan diharamkan untuk kita terus mencanang dosa kita kepada orang lain. Dan merasa bangga dengan dosa yang dilakukan.

“Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dan sifat Allah yang Maha Pengampun merupakan penenang kepada manusia yang melakukan dosa. Allah mengampuni dosa hambanya yang menyesal terhadap kesalahan dosa walaupun dilakukan berulang kali.



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu. Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu.

Hadis yang panjang telah menunjukkan bahawa Maha Pengampunnya Allah itu dan mengapa manusia harus berputus asa terhadap hidup ini. Rahmat Allah luas. Jangan disebabkan dosa yang kita lakukan, kita merasakan tidak ada peluang untuk bertaubat dan terus untuk tidak bertaubat. Walaupun sebesar mana dosa kita, jika kita menyesal, dan mahu bertaubat nescaya Allah akan menerima taubat hambaNya yang betul-betul mengharapkan rahmatNya.



Jalan keluar untuk mencari ketenangan hanyalah apabila kita kembali untuk mencari rahmat Allah. Ketenangan itu bukanlah datang dari cara hidup yang mengikut trend lompat sana dan sini, juga bukan dari gaya hidup mengagungkan muzik dan hiburan, juga bukan dari hanya hidup untuk menonton bola hingga ke pagi, dan bukan juga pada banyaknya harta dan kekayaan untuk dicari. Bukanlah salah untuk mencari harta dan kekayaan dan untuk kita kadang berhibur dengan garis panduan yang betul, namun kadang-kadang kita terlampau melebihkan hal tersebut berbanding apa yang lebih kepada keperluan kita untuk suatu hidup yang sudah tentu akan kekal dan abadi. Berapa helaian kertas yang kita selak dalam masa sehari dengan hal berkaitan dengan agama ini berbanding selakan kita terhadap benda-benda yang bersifat kurang perlu. Apalah yang akan kita ceritakan di hadapan Allah kelak?



Dari Zaid bin Tsabit radhiallahu ‘anhu beliau berkata, “Kami mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barangsiapa yang (menjadikan) dunia tujuan utamanya, maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kemiskinan/tidak pernah merasa cukup (selalu ada) di hadapannya, padahal dia tidak akan mendapatkan (harta benda) duniawi melebihi dari apa yang Allah tetapkan baginya. Dan barangsiapa yang (menjadikan) akhirat niat (tujuan utama)nya, maka Allah akan menghimpunkan urusannya, menjadikan kekayaan/selalu merasa cukup (ada) dalam hatinya, dan (harta benda) duniawi datang kepadanya dalam keadaan rendah (tidak bernilai di hadapannya).” (HR Ibnu Majah (nο. 4105), Ahmad (5/183), ad-Daarimi (nο. 229), Ibnu Hibban (nο. 680) dan lain-lain dengan sanad yang shahih, dinyatakan shahih oleh Ibnu Hibban, al-Bushiri dan Syaikh al-Albani).


Ingat kisah Mais? Dia berjumpa nabi bahawa dia telah mengaku berzina. Nabi memalingkan muka ke kanan dan bertanya adakah engkau mempunyai penyakit gila? Barangkali engkau cuma raba atau cium. Ini menunjukkan nabi mahu cuba mengelakkan daripada kes yang bersifat mengaibkan dan nabi tahu Allah maha pengampun.


Kenapa berputus asa sedangkan rahmat Allah itu luas?
Kenapa tidak melakukan kebaikan sedangkan ia menghapuskan kejahatan?
Kenapa menangguh taubat sedangkan kita tidak tahu panjang usia kita?
Kenapa, kenapa dan kenapa?




*Penulis juga terlibat dengan perkara dunia tanpa sempadan.Haha

4 comments:

  1. eyka suke tajuk entri awk..peluang itu masih ade...mecasih sgt2 tau awk! :)

    ReplyDelete
  2. jangan bace tajuk je. isi lg kene bace. haha.. welkemlah!

    ReplyDelete
  3. singgah ^^ nice entry :DD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...