Wednesday

.:Umur Insan:.

Insan, dia akan hidup didunia ini dengan satu tempoh masa tertentu. Mungkin lama, mungkin hanya beberapa tahun. Semuanya atas kehendak tuhan. Ada hadis menyebut :

Rasulullah shallahu 'alaihi wassalam bersabda: "Tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali do'a dan tidak ada yang dapat menambah usia kecuali kebaikan. Sesungguhnya seseorang itu benar-benar akan terhalang dari rezekinya kerana dosa yang dia lakukan" [HR Ibnu Majah: 4022, Ahmad: 21379, Ibnu Hibban: 1090, Hadis hasan]

Namun dengan kebaikan, insan dapat menambah usianya. Moga bertambah amalan kebaikan dengan pertambahan usia berbanding dosa. Setiap inci pergerakan, setiap patah perkataan, setiap getaran pendengaran, setiap sinaran penglihatan, semuanya itu akan ditanya dihadapan tuhan. Tiada yang dapat mengelak daripada semua ini. Setiap insan pasti akan melalui detik-detik yang dahsyat ini. Sama ada ke syurga atau neraka.

Umur insan mungkin 60tahun, mungkin juga 70tahun. Namun, jika diberi peluang untuknya bercerita tentang kisah hidupnya, mungkin cerita itu tidak pun sampai sejam untuk diceritakannya. Sangat berbeza dengan umurnya yang begitu panjang. Betapa sedikitnya benda-benda yang boleh diceritakan. Bagaimana untuk memasuki syurga yang tidak boleh dibeli tetapi hanya boleh diwarisi itu? Adakah amal kebaikan akan mengatasi amalan kejahatan? Tepuk dada, tanyalah iman. Kebaikan yang banyak akan membantu jalan kesyurga, dan amalan kejahatan sentiasa membawa keburukan kepada manusia. Minta ampun. Istighfar!

Manusia tahu dia mempunyai tuhan yang maha pengampun. Mengapa menunggu masa untuk bertaubat. Umur ini tidak langsung diketahui manusia. Jangan berlengah untuk melakukan kebaikan jika mendapat peluang, dan biarkanlah kejahatan itu berlalu pergi tanpa harus berfikir mengenainya. Bukan selalu untuk kebaikan itu datang, dan jiwa yang melakukannya akan menentukan segalanya. Seperti saf didalam solat berjemaah. Mungkin 5 orang lelaki berada dalam saf yang sama sewaktu bersolat, tetapi jiwa mereka pada waktu itulah yang akan membezakan penilaian tuhan.

Berdoalah kepada tuhan dipermudahkan untuk jalan kebaikan. Sedangkan syaitan yang meminta untuk dipanjangkan umurnya pun tuhan terima, apatah lagi manusia yang mahukan kebaikan. Tanamkan jiwa itu. Semoga penilaian tuhan kepada kita sentiasa mendekatkan jalan menuju syurga!

2 comments:

  1. wah misteri la empunya blog ni!siapakah anda.hehe.

    ReplyDelete
  2. uishhh..mane de misteri la. org biase2 je. haha. nak tau nnti follow lah lg.. kah3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...