Tuesday

Prinsip berkasih. Haha!

Sungguh ramai orang, apabila berpisah dengan kekasihnya, tika bertanya apa sebabnya, lalu dikatakan 'dia' tidak ikhlas menyayangiku, 'dia' benar benar tidak memahamiku, 'dia' curang kepadaku, dan pelbagai lagi hujah hujah menyalahkan 'dia'. Maka kita katakan di sini, mengapa kita selalu menyalahkan 'dia' atas perpisahan itu? Ada pernah terdetik di hati kita, dan kita sedar 'aku yang tak cukup memahami', 'aku sebenarnya tidak cukup menyayangi', dan 'aku sebenarnya yang bersalah'? 


Sayang sayang semua, ini bukan jiwang, ini prinsip. Prinsip.


Ramai insan mampu untuk menjadi kekasih, tetapi tidak ramai mampu untuk mematuhi prinsip ketika berkasih. Lupa bahawa perhubungan dua insan adalah konsep memberi tanpa minta untuk diberi, menyayangi tanpa minta untuk disayangi, dan memahami tanpa minta untuk difahami. Dan kita berkasih sayang tanpa prinsip yang jelas.


Dahulu, bila masa rancak berkasih, 'kaulah matahari'. Tetapi kenapa selepas berpisah, bertemu bayang pun sudah meluap rasa benci? Adakah pujian pujian kita semasa berkasih, adalah retorik semata mata? Mana keikhlasan yang dahulu rancak dibualkan? Jika semasa berkasih 'kaulah matahari' maka selepas berpisah pun sepatutnya 'kau masih matahari'. Ini baru standard ikhlas yang sebenar benarnya.


Selepas berpisah, jika kita masih lancang menyalahkan 'dia', maka kita tiada peluang untuk membaiki diri. Bila kita mengakui kesalahan kita, kita akan cepat cepat tersedar, lalu berusaha membaiki diri dan berusaha untuk menjadi yang terbaik menurut ukuran diri kita. Dan ini, parameter yang boleh kita ubah. Kita sudah tiada peluang untuk membaiki 'dia', tetapi kita masih ada peluang untuk membaiki diri kita sendiri.


memberilah.
memahamilah.
menyayangilah.


Tanpa minta untuk dibalasi setiap inci pemberian, setiap sudut kefahaman dan setiap helaan kasih sayang.


Kita praktikkan konsep ini kepada semua hubungan insan.


Maka dunia yang senyum bakal kita miliki. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...