Monday

Kebenaran Itu Harus Dicari

“Oh man. You’re totally wrong. My ticer said this is not a right way to do those things. Go back and learn it in a right way.”  

Ketaksuban seseorang kepada sesuatu benda akan membawa kepada kekurangan percambahan ilmu dikalangan penuntut ilmu. Mereka sering mengatakan itu dan ini salah jika sesuatu itu tidak sependapat atau sealiran dengan apa yang mereka fahami dan pelajari. Mereka akan terus menuding jari kearah orang-orang yang bukan sealiran dengan mereka. Amat menyedihkan, kadang-kadang caci-mencaci itu berlaku dalam percambahan ilmu ini.



Sedih untuk para penuntut ilmu melakukan sebegitu rupa ketika mereka berinteraksi antara satu dengan yang lain. Mereka sepatutnya perlu mencari fakta atau dalil yang kukuh bagi menjelaskan lagi apa yang telah mereka fahami untuk menyatakan kebenaran dan apa yang mereka fahami itu memang benar.
Malangnya, mereka menggunakan senjata yang amatlah bodoh iaitu fitnah. Dan ia akan menyebabkan orang-orang diluar sana yang mungkin pengetahuannya kurang akan terus melopong melulu untuk juga menyalahkan orang lain dan terus mencerca serta memaki pihak yang kurang bersetuju dengan mereka.



Dalam keadaan dunia yang sudah maju ini, banyak medium yang boleh mereka guna untuk mengumpul dan mencari maklumat dengan tidak hanya bergantung kepada tulisan-tulisan yang berada di kedai-kedai. Mereka tidak harus menyempitkan pemikiran orang lain dengan perangai ketaksuban mereka itu yang terkadang membawa kepada kejahilan dan kebodohan. Dan perlu diingatkan bahawa sekarang ini ialah zaman teknologi yang mana manusia itu sentiasa ada jalan untuk mencari kebenaran.

Buat para penuntut ilmu diluar sana, jangan hanya memandang siapa yang berucap atau berkata itu, pandanglah kepada isi dan fakta yang dikemukakan. Jika ianya kukuh, maka kebenaran itu yang harus kamu ikuti. Jika sesuatu itu mungkin tidak sealiran dengan apa yang kamu fahami selama ini tetapi ianya lebih menepati kebenaran, fikirkanlah kembali. Mungkin suatu ketika dulu kita salah dan silap ketika menafsir, tetapi jalan untuk mencari kebenaran itu sentiasa terbuka untuk manusia. ‘Tiada nikmat 
menjadi pendosa.’ Tiba-tiba.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...