Thursday

Ke sini Ke sana

Dalam kehidupan manusia, pelbagai ragam yang perlu kita hadapi. Kita berdepan dengan ramai manusia namun kadang-kala kita berasa kurang senang dengan tindakan sesetengah manusia. Bukanlah manusia jika kita dapat menghadapi semua orang dengan perasaan senang. Namun dalam ketidakselesaan tersebut, kita sedaya-upaya cuba berkomunikasi dengan baik walaupun secara terpaksa. Berkomunikasi dengan orang haruslah mengikut jenis manusia tersebut. Tidak semua manusia itu sama cara tuturnya, tingkah-lakunya, perasaannya. Dan cara kita melontarkan kata-kata itu terkadang member kesan kepada setiap insan.
Wahai pendakwah, jangan kamu terlalu gelojoh untuk memebetulkan manusia dengan berpandangan bahawa semua orang itu sama dengan keadaan kamu. Ketelitian harus ada pada setiap pendakwah. Jika kamu meluruhkan seluruh jiwa raga dijalan dakwah, mengapa kamu harus gelojoh, mengeluh dan putus asa. Kamu harus ingat bahawa, jiwa dan perasaan manusia sememangnya tidak sama. Jadi kamu harus belajar mengenai manusia. Pendakwah mesti faham manusia, sifat manusia dan perasaan mereka.
Luangkanlah banyak masa untuk menuntut ilmu. Pendakwah mesti berilmu. Jangan mengambil jalan singkat untuk berdakwah. Pendakwah mesti menyatakan hujah dan fakta atas segala sesuatu. Bukankah itu memerlukan masa untuk mendapatkannya. Ruangkan masa, pasti ada sesuatu yang lebih baik. Pendakwah, pendekatan haruslah diteliti dengan baik. Ia adalah salah satu elemen terpenting di dalam berdakwah. Sebaiknya, berilah satu pandangan yang membolehkan pihak yang didakwah boleh berfikir mengenainya. Tinggalkan persoalan pada dirinya, jika ia merupakan satu tindakan yang baik. Jangan pula kita memberikan sesuatu yang menyebabkan rasa tidak puas hati pada sesorang kemudian meninggalkannya begitu saja tanpa apa-apa faedah.
Bukanlah dakwah ini untuk menunjukkan sejauh mana ilmu kita. Tapi, keikhlasan kita untuk meneruskan perjuangan para nabi. Nabi Nuh beratus tahun berdakwah tetapi hanyalah segelintir manusia yang mengikut kepada dakwah yang dibawanya. Apakah kita merasakan kerja kita yang sedikit ini terus membuahkan hasil yang besar? Sabar mestilah ada dalam hati setiap pendakwah. Bukanlah sesuatu yang baik untuk mengharapkan kemenangan didepan mata. Kemenangan ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Pilihlah manhaj yang benar dan bertakwakkallah kepada Allah dengan bersungguh.
“…dan perbuatlah kebajikan, supaya kamu mendapat kemenangan.”. (QS.22 [al hajj];77)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...