Wednesday

Aku Kira Mereka Buta Keadilan

Mereka sangka mereka benar,
Mereka sangka sudah menjaga keamanan negara,
Mereka sangka ianya tidak mengapa,
Mereka sangka kezaliman harus dihapus,
Mereka kononnya mahu menangkap penggugat keselamatan negara,
Mereka kononnya mahu menghapuskan pengganas negara,
Tetapi mereka tidaklah fikir,
Haruskah mereka ditangkap tanpa alasan,
Haruskah mereka dilayan seperti binatang,
Haruskah mereka dipukul tanpa sebab,
Haruskah mereka meninggalkan tanggungjawab mereka,
Haruskan mereka terus teraniaya begitu,
Oh alangkah celakanya mereka,
Menyangka kebenaran sudah ditegakkan,
Tanpa mengira anak bangsa mereka diseksa,
Kerana hanyalah untuk menjaga kedudukan,
Mereka menyangka mereke terlepas,
Tidakkah mereka memikirkan mereka akan ditanya,
Kepimpinan mereka akan ditanya,
Keadilan mereka akan ditanya,
Kezaliman mereka akan ditanya,
Mereka masih menyombong diatas bumi ini,
Adakah mereka memikirkan sejenak,
Isteri mereka siapa yang jaga?
Anak mereka siapa yang kasih?
Makan mereka siapa yang suap?
Tangis mereka siapa yang peduli?
Sakit mereka siapa yang hirau?
Wahai penjaja 'kebenaran',
Adakah kamu masih mahu mempertahankan akta ini,
Jika ayah kamu yang diletakkan di dalam,
Jika abang kamu yang disumbat,
Sedarlah kamu,
Hari Keadilan menunggu kamu,
Wahai 'penggugat' keamanan negara,
Bersabarlah wahai anak bangsa merdeka,
Salam hormat dari kami kepada kalian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...