Tuesday

Aku mahu mencerna atas segala nasihat ini

Pertama sekali aku menasihatkan diri aku dan diri kamu agar bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla, kemudian apa sahaja yang menjadi bahagian dan cabang dari ketaqwaan kepada Allah Tabaraka wa Ta‘ala seperti:
Pertama: Hendaklah kamu menuntut ilmu semata-mata kerana ikhlas kepada Allah Azza wa Jalla dengan tidak menginginkan di sebalik itu balasan dan ucapan terima kasih, juga tidak menginginkan agar menjadi pemimpin di majlis-majlis ilmu. Tujuan menuntut ilmu hanyalah untuk mencapai darjat yang Allah Azza wa Jalla telah khususkan bagi para ulama’. Ini sebagaimana firman-Nya (bermaksud): “Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat.” [al-Mujadilah 58:11].

Kedua: Hendaklah menjauhi perkara-perkara yang dapat menggelincirkan kamu, yang sebahagian para penuntut ilmu telah terperosok dan terjatuh padanya. Di antara perkara-perkara itu adalah:

1: Mereka cepat dikuasai oleh sifat ujub (kagum pada diri sendiri) dan terpedaya sehingga (ke tahap) inginmenaiki kepala mereka sendiri.  
2: Mengeluarkan fatwa untuk dirinya dan untuk orang lain sesuai dengan apa yang nampak menurut pandangannya tanpa meminta bantuan (dengan merujuk kepada pendapat-pendapat) para ulama’ al-Salaf pendahulu umat ini yang telah meninggalkan harta warisan berupa ilmu yang menerangi lagi menyinari dunia keilmuanIslam. Meminta bantuan dalam (mengeluarkan pandangan) dengan berpedoman kepada pendapat al- Salaf akan sangat membantu kita untuk menghilangkan pelbagai kegelapan dan mengembalikan kita kepada sumber Islam yang murni, iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Sesuatu yang tidak tertutup bagi kalian ialah bahawasanya aku hidup pada suatu zaman yang mana aku alami padanya dua perkara yang saling bercanggah dan bertolak belakang:

(Perkara Pertama): Iaitu pada zaman dimana kaum muslimin baik para syaikh mahu pun para penuntut ilmu, kaum awam atau pun yang memiliki ilmu, hidup dalam jurang taqlid, bukan sahaja kepada mazhab tetapi bahkan lebih dari itu, bertaqlid pada nenek moyang mereka. Maka kami dalam upaya menghentikan sikap tersebut, mengajak manusia kepada al-Qur’an dan al-Sunnah.Demikian juga yang terjadi di pelbagai negeri Islam dimana ada beberapa orang tertentu yang mengupayakan seperti apa yang kami upayakan sehingga kami pun hidup bagaikan ghuraba yang telah digambarkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam beberapa hadis yang sedia dimaklumi, seperti (maksudnya):“Sesungguhnya awal permulaan Islam adalah sebagaisesuatu yang asing (ghuraba) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya, maka berbahagialah bagi orangorang yang asing.”Dalam sebahagian riwayat, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda (maksudnya): “Mereka (al-Ghuraba)adalah orang-orang yang shalih yang jumlahnya sedikit di sekeliling orang yang banyak, yang menderhakai merekalebih banyak dari yang mentaati mereka.” [Hadis riwayat Ahmad] Dalam riwayat lain, baginda bersabda (maksudnya): “Mereka orang-orang yang memperbaiki apa yang telahdirosakkan oleh manusia dari sunnahku sepeninggalanku.”Aku katakan: “Kami telah alami zaman itu lalu kami mulai membangun sebuah pengaruh yang baik bagi dakwah yangdilakukan oleh para Ghuraba dengan tujuan mengadakan pembaikan di tengah barisan para pemuda mukmin. Sehingga kami jumpai bahawa para pemuda beristiqamah dalam kesungguhan di pelbagai negeri Islam, giat dalam berpegang teguh kepada al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tatkala mengetahui kesahihannya.

(Perkara Kedua): Akan tetapi kegembiraan kami terhadap kebangkitan yang kami rasakan pada tahun-tahun terakhir tidak berlangsung lama. Kami dikejutkan dengan terjadinya sikap berbalik dan perubahan yang dahsyat pada diri pemuda-pemuda itu di sebahagian negeri. Sikap tersebut hampir sahaja memusnahkan pengaruh dan buah yang baik sebagai hasil kebangkitan ini. Apa penyebabnya? Di sinilah letak pelajaran penting, penyebabnya adalahkerana mereka ditimpa oleh perasaan ujub dan terpedaya oleh kejelasan bahawa mereka berada di atas ilmu yang sahih. Perasaan tersebut bukan sahaja di kalangan pemuda muslim, bahkan terhadap para ulama’. Perasaan itu muncul tatkala merasa bahawa mereka memiliki keunggulan dengan lahirnya kebangkitan ini di atas para ulama’, ahli ilmu dan para syaikh yang bertebaran di pelbagai belahan dunia Islam. Mereka tidak mensyukuri nikmat Allah Azza wa Jalla yang telah memberikan taufiq dan petunjuk kepada mereka untuk mengenal ilmu yang benar beserta adab-adabnya. Mereka tertipu oleh diri mereka sendiri dan mengira bahawa sesungguhnya mereka telah berada pada status kedudukan dan posisi tertentu. Mereka pun mula mengeluarkan fatwa-fatwa yang tidak matang malah mentah, tidak berdiri di atas sebuah pemahaman yang bersumber dari al-Qur’an dan al-Sunnah. Maka nampaklah dari fatwa-fatwa tersebut pendapat-pendapat yang tidak matang, lalu mereka menganggap bahawa itulah ilmu yang diambil dari al-Qur’an dan al-Sunnah, maka mereka pun tersesat dengan pendapat-pendapat tersebut dan menyesatkanbanyak orang.Suatu hal yang tidak samar bagi kalian akibat dari semua itu, bahawa muncullah sekelompok orang di beberapa negeri Islam yang secara lantang mengkafirkan setiap jamaah muslimin dengan filsafat-filsafat yang tidak dapat diungkapkan secara mendalam pada kesempatan ini. Apatah lagi tujuan kami pada kesempatan ini hanya untuk menasihati dan mengingatkan para penuntut ilmu dan para pendakwah. Oleh itu saya menasihati saudara-saudara kami ahliSunnah dan ahli Hadis yang berada di setiap negeri muslim agar bersabar dalam menuntut ilmu dan hendaklah tidak terpedaya oleh apa yang telah mereka capai berupa ilmu yang dimilikinya. Pada hakikatnya, mereka hanyalah mengikuti jalan dan tidak sekadar bersandar pada pemahaman-pemahaman murni merekaatau apa yang mereka sebut dengan “ijtihad” mereka. Saya banyak mendengar dari saudara-saudara kami,mereka mengucapkan kalimah itu dengan sangat mudah tanpa memikirkan akibatnya, seperti kalimah: “Saya berijtihad” atau “Saya berpendapat begini” atau “Saya berpendapat begitu”. Ketika anda bertanya kepada mereka: “Kalian berijtihad berdasarkan kepada apa sehingga pendapat kalian begini dan begitu? Apakah kamu bersandarkan pada pemahaman al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam serta ijma’para ulama’ daripada kalangan sahabat Rasulullah dan yang lainnya? Atau pendapat kamu ini hanya hawa nafsu dan (hasil dari) pemahaman yang cetek dalam menganalisa dan mengambil dalil?” Inilah realitinya, iaitu berpendapat berdasarkan hawa nafsu, pemahaman yang kerdil dalam menganalisa dan mengambil dalil. Ini semuanya dalam keyakinanku disebabkan kerana perasaan ujub dan terpedaya.Sekali lagi saya menasihati saudara-saudara aku para penuntut ilmu agar menjauhi segala perangai yang tidak Islami seperti perasaan terpedaya oleh apa yang telah diberikan kepada mereka berupa ilmu dan janganlah dikalahkanoleh perasaan ujub terhadap diri sendiri. Sebagai penutup nasihat ini, hendaklah mereka menasihati manusia dengan cara yang terbaik, menghindar daripada penggunaan cara-cara kakudan keras di dalam berdakwah.Ini kerana kami berkeyakinan bahawa Allah Azza wa Jalla ketika berfirman: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.” [al- Nahl 16:125], bahawa sesungguhnya Allah Azza wa Jalla tidak mengatakan sesuatu (baik di dalam al-Qur’an atau melalui Rasul-Nya) kecuali ia terasa berat oleh jiwa manusia. Oleh itu manusia akan cenderung menyombongkan diri untuk menerimanya kecuali oleh mereka yang dikehendaki Allah. Maka dari itu, jika dipadukan antara beratnya kebenaran pada jiwa manusia dengan cara dakwah yang kaku lagi keras, hasilnya akan menjadikan manusia semakin jauh dari panggilan dakwah. Padahal kalian mengetahui sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (yang bermaksud): “Bahawa di antara kalian ada orang-orang yang membuat manusia lari (dari kebenaran).” Baginda mengulanginya sehingga tiga kali.
(Dinukil secara ringkas dengan beberapa suntingan bahasa dari tulisan Nasihat Imam Ahlus Sunnah: Syaikh Muhammad Nashiruddin al- Albani dalam buku Dakwah Salafiyah Dakwah Bijak oleh Abu Abdirrahman al-Thalibi, ms. 140-144)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...