Sunday

Aturan Hidup

Dunia sentiasa semakin mencabar. Sentiasa datang sesuatu yang kurang enak dan pasti membolehkan sesuatu terjadi tanpa diduga. Bukan untuk merepek tatkala menulis entri ini, tetapi menulis tanpa halatuju yang betul. Tiada idea yang baik untuk mempersembahkan isi-isi di dalam. Kita mesti berprinsip. Dan prinsip mestilah ada asasnya, bukan sekadar mengikut hati sesuka hati yang selalunya membawa kepada ketidakbenaran. Apabila tertegak prinsip, jalan yang dilalui dan cara untuk menjalani hidup lebih teratur dan terasa kemanisan. Mencari kepuasan bukanlah bererti dengan mencari keseronokan, tetapi kepuasan akan terasa jika kita menghala kepada  kebenaran. Dunia penuh dengan penipuan. Adakala terjebak, adakala dihalang. Kitaran itu sentiasa wujud dan berlanggar dengan perjalanan hidup. Pertimbangan kita kepada sesuatu mungkin ada benar dan salahnya. Semua ini memerlukan kepada rujukan. Dan pastinya rujukan yang terunggul dan paling agung ialah al Quran dan Sunnah nabi.


Demi sesungguhnya aku telah tinggalkan kalian sesuatu yang jika kamu berpegang kepadanya, kamu tidak akan sesat – iaitu Kitab Allah (al-Qur’an). (Riwayat Muslim)


Tatkala merenung jauh melihat persekitaran, terasa berdosa. Mungkar didepan dibiarkan, apatah lagi yang dibelakang. Melihat kepada suasana hidup, terasa bersalah, tidak mampu mengubah benda didepan mata. Entah bagaimana cara yang sesuai. Kadang-kadang mereka ada, dan bila terasa mahu meninggalkan, ditinggalkan begitu sahaja. Oh, terasa celaka diri ini membiarkan itu berlaku. Lemah. Aku mendoakan kebaikan untuk mereka, dan semoga Tuhan mengampunkan aku atas dosa-dosaku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...