Monday

Ini

Katakanlah yang benar-benar. Mengapa tidak mahu tunduk kepada kebenaran sedangkan ia menunggu. Mengapa masih alpa dengan dunia sekeliling yang kadang-kadang hanyalah menipu. Mengapa tidak mahu mencari ketenangan sebenar. Jangan salah sangka terhadap sakinah yang sebenar. Mungkin harta menjadi salah satu tonggak, tetapi ia bukan segalanya. Mengapa masih menunggu waktu yang sesuai, sesungguhnya waktu itu sentiasa mengejar. Mengapa masih mahu kekiri dan kekanan sedangkan kita tahu yang lurus. 


Manusia, ia sentiasa mempunyai kelemahan. Bergantunglah kepada Allah. Pasti akan memberi kekuatan kepada manusia. Barulah terasa kita ini rupanya hanyalah seorang hamba. Siapakah kita dalam perjalanan hidup ini, hanya Tuhan yang mengetahui. Pergantungan hidup yang benar-benar bertawakkal kepada Allah sentiasa membawa keajaiban. Siapakah lagi yang mampu mengubah sesuatu melainkan Allah. Dialah tuhan yang Maha Kuasa. Berhak disembah. Berhak dipuji. Berhak dipuja. Mengapa manusia masih berpaling?


Kebenaran itu adalah milik Allah dan RasulNya. Ikutilah jalan ini, jangan engkau menjadi orang yang melampaui batas. Tunduklah kepada ungkapan kebenaran, kembalilah kepada Quran dan Sunnah apabila mempunyai perselisihan. Jadilah insan yang sentiasa berkehendakkan kepada agama ini. Jangan persiakan segala yang ada dan masa yang sentiasa mencemburui. Carilah keredhaan Allah, jangan hanya tahu untuk mencari redha manusia.


Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan RasulNya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.(49:1)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...