Thursday

24:30

1.  Allah menyuruh our prophet, Muhammad Junjungan Mulia  supaya khabarkan kepada lelaki lelaki yang beriman, supaya merendahkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan Allah terangkan lagi, supaya yang demikian itu, adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan apa yang mereka perbuat.

2.  Ayat yang simple dan pendek sahaja, tetapi menerangkan maksud yang mendalam. Disuruhnya kita supaya merendahkan pandangan mata, jika ternampak awek lawa, tundukkan pandangan, bukan Menteri Hal Ehwal Agama suruh, tapi Pencipta mata kita yang suruh rendahkan pandangan. Melihat hanya yang halal bagi kita dan memelihara kemaluan kita, dan disebutkan bahawa menjaga kemaluan dapat menjaga diri kita dari menghampiri zina (23:5).

3.  Itu lebih mulia bagi mereka, kerana dapat menjaga ketulenan hati, dan menjaga komitmen kita terhadap agama mereka. Kita dalam kerja, bos kata masuk pukul 8, then punch card untuk balik pukul 5 petang. Kita ikut je. Sebab untuk menjaga komitmen kita dalam bekerja. Bukankah begitu? Sama la jugak dalam agama, lagi lagi la kita kena berkomitmen. Bos belum habis cakap lagi kita dah cakap, Yes Boss! I’ll follow your command with all my respect to you. Time Tuhan nasihat, kita buat dengar tak dengar je. Nak buat, buat. Tak nak buat, tak payah la buat.

4.  Kemudian, at the last ayat, Tuhan warn kita, remind kita bahawa Dia Maha Mengetahui apa yang kita buat. Mengetahui kejahatan kejahatan yang dilakukan oleh mata kita, dan mengetahui apa yang kita sembunyikan di dada kita. Jadi, kalau kita tengok gambar X-rated dalam Internet pun Tuhan semestinya tahu jugak. Tuhan! Ampunkan aku.

5.  Takkan pasal lelaki je? Pasal perempuan takde ke? Ada. Tak ketinggalan. 24:31. Check it out!

2 comments:

  1. Wanita juga begitu...harus menjaga pandangannya daripada melihat lelaki ajnabi...moga penulisan seiring dgn amalan..Insya_Allah...teruskan usaha menyampaikan dakwah Islam... =)

    ReplyDelete
  2. Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (As-Saff 61:2)-Moga2 kita terpanggil ontuk menjadi org2 yg beriman. Thanx utk sokongan. Sama2 kita merenung insyaAllah =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...